awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Kehadiran saya di sini sementara” - Rafizi beri bayangan sedia berundur?

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
19/05/2025
05:25 MYT
“Kehadiran saya di sini sementara” - Rafizi beri bayangan sedia berundur?
Rafizi memberi penekanan bahawa kesinambungan sesuatu dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan seolah-olah bersedia berundur daripada barisan Kabinet dan melepaskan jawatannya.
Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, kehadiran beliau hanyalah bersifat 'sementara' dan pada akhirnya akan ada Menteri Ekonomi lain mengisi jawatan tersebut.
Bagaimanapun, Rafizi memberi penekanan bahawa kesinambungan sesuatu dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu.
"Kehadiran saya di sini mungkin bersifat sementara dan akhirnya akan ada Menteri Ekonomi lain yang menggantikan saya.
"Namun, apa yang saya ingin tegaskan ialah, kesinambungan dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis “The JS-SEZ Partners Dialogue: Advancing Facilitation” yang berlangsung di ibu negara pada Isnin, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Rafizi menambah isu berhubung pertukaran menteri telah dibangkitkan berkali-kali, bahkan sebelum Pemilihan PKR 2025 lagi.
Katanya, perkara tersebut termasuk perhatian Kerajaan Negeri Johor terhadap Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), jika berlaku perubahan menteri.
"Dasar yang baik seharusnya kekal konsisten, dan berdasarkan pengalaman saya dalam pentadbiran, saya berharap kesinambungan ini diteruskan tanpa mengira siapa yang akan menjadi menteri seterusnya.
"Saya yakin, apa pun yang berlaku, JS-SEZ adalah terlalu besar, terlalu penting, dan terlalu bernilai bagi negara ini untuk diketepikan," jelas beliau lagi.
Dua minggu lalu, media melaporkan Rafizi meluahkan hasrat untuk meletak jawatan dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 23 April.
Akhbar tempatan berbahasa Cina melaporkan, Rafizi meluahkan hasrat meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan parti yang dianggap tidak adil.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Rafizi berundur
#Menteri Ekonomi
#Timbalan Presiden PKR
#Pemilhan PKR 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan