"Kami bagaikan mati sebaik ketiadaan beliau dan kehidupan kami hancur lebur," kata luahan hati Dr Shaariibuu Setev, bapa mangsa bunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam perbicaraan saman sivil di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Sambil mengesat air mata, Dr Shaariibuu, 69, berkata, mendiang Altantuya, adalah anak sulungnya yang juga paling berpendidikan dan paling diharapkan dalam keluarga.
"Dia selalu memberi wang kepada isteri, saya dan dua orang anaknya. Dia seorang ibu yang amat baik. Pada ketika itu, mereka berumur antara 10 dan empat tahun. Anak lelaki yang bongsu dilahirkan dengan masalah perubatan. Dia secara mental adalah sihat tetapi mengalami kecacatan fizikal.
"Sebelum kematiannya, anak yang bongsu menerima penjagaan kesihatan yang berterusan dan mampu berjalan dalam jarak dekat. Dia sering melakukan senaman fizikal bersama anaknya bagi meningkatkan keupayaan mobilitinya. Dia membawa anaknya ke negara lain untuk mendapatan rawatan perubatan," katanya.
Profesor sambilan di Universiti Nasional Mongolia itu berkata demikian apabila ditanya oleh peguamnya, Sangeet Kaur Deo, pada perbicaraan saman RM100 juta yang dikemukakan oleh beliau dan keluarganya ke atas dua bekas anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.
Menjelas lanjut, dia berkata semua tanggungjawab anak perempuannya itu ditanggung sepenuh olehnya dan dia tidak mampu lakukan yang lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh mendiang kepada anaknya.
"Dengan umur saya ini dan umur isteri saya dan kapasiti pendapatan, saya tidak mampu lakukan yang lebih untuk anak mendiang terutama anaknya yang paling kecil. Keadaan anaknya itu bertambah buruk hinggakan pergerakannya menjadi lebih terhad. Dia terlantar di katil saja.
"Saya terpaksa bekerja kuat untuk mencari nafkah untuk keluarga ini. Anak lelaki sulung mendiang membuat kerja-kerja sambilan semasa percutian musim panas bagi meringankan beban kewangan dari usia masih muda. Hinggakan kami tidak mampu membeli beliau baju sekolah yang baru.
"Saya tidak mampu menceritakan bagaimana keadaan menjadi bertambah buruk lagi. Saya terpaksa menjual apartmen dan semua barang berharga untuk membantu kedua-dua anak ini. Anda mungkin berpendapat sebagai seorang profesor di universiti boleh mendapat pendapatan bagus, tetapi di Mongolia, gaji tertinggi seorang professor di sebuah universiti dibayar bersamaan US$700 sebulan (RM2,878.77). Buat masa sekarang saya menerima US$800 sebulan (RM3,289.92)," katanya.
Seketika kesedihan menyelubungi bilik Mahkamah Tinggi apabila Shaariibuu berkata, anak bongsu mendiang Altantuya, Altanshagai Munkhtulga, tidak menyedari akan kematian ibunya dan dia hanya memberitahu anak itu bahawa ibunya telah pergi ke suatu tempat yang amat jauh.
"Semasa perayaan dan hari jadi, kami menyediakan hadiah untuk anak kecil itu dan berkata ia daripada ibunya. Bagaimanapun, pada 19 Jan 2017, anak itu meninggal dunia ketika berusia 15 tahun. Dia amat merindui ibunya setiap hari."
Sangeet Kaur: "Boleh anda beritahu bagaimana lagi anda terlibat terus dalam kes ini?"
Shaariibuu: "Saya dikemas kini mengenai siasatan ini menerusi Konsul Jeneral Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi. Saya juga diberitahu bahawa saya dikehendaki menghadirkan diri sebagai saksi dalam perbicaraan jenayah itu.
"Pada 29 Ogos, 2008, Syed Abdul Rahman menghantar emel kepada Kementerian Luar Mongolia dengan menyebut dia sebagai anggota parti yang memerintah ketika itu dan mencari bagi menolak semua spekulasi penglibatan Najib Razak, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Dalam kenyataan kesaksiannya hari ini, Shaariibuu berkata, emel itu diterjemahkan kepadanya oleh seorang peguam Mongolia selepas seorang pegawai kementerian, Ganbold D, memberinya satu salinan.
Dia juga mendakwa bahawa Syed Abdul Rahman telah menjemputnya ke rumah beliau di Kuala Lumpur, di mana beliau menunjukkan sebuah gambar besar dirinya bersama Najib sebaik selepas pembebasan Abdul Razak Baginda atas bersubahat dalam pembunuhan Altantuya.
"Dia memberitahu saya bahawa mereka adalah rakan baik," Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi ketika disoal Sangeet.
Shaariibuu, berkata Syed Abdul Rahman juga meminta dia menyerahkan rekod tiket penerbangan Altantuya dan penyata bank serta beberapa gambar Altantuya.
"Saya diberi tanggapan ia akan digunakan dalam perbicaraan jenayah berkenaan. Saya tidak tahu sama ada semua dokumen itu dihantar kepada pihak berkuasa yang berkenaan atau digunakan dalam perbicaraan itu."
Apabila ditanya apa tuntutan beliau dalam saman ini, Shaariibuu berkata dia inginkan keadilan dalam kes ini.
Dr Shaariibuu dan isteri, Altantsetseg Sanjaa dan dua cucu lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, mnegemukakan saman RM100 juta pada 4 Jun 2007.
Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga digugurkan sebagai plantif setelah meninggal dunia dua tahun lepas.
Dalam kenyataan tuntutan, keluarga berkenaan mendakwa bahawa kematian Altantuya telah menyebabkan kejutan mental dan trauma psikologi, melayakkan mereka diberi pampasan dengan teladan dan kerosakan teruk.
Perbicaraan yang dilakukan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, akan disambung esok. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 28 2019
Dr Shaariibuu Setev ketika di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Jan lalu. - BERNAMA
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan
Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas manakala Abdul Razak pada Selasa lalu.
"Kehidupan hancur selepas kematian Altantuya" - Bapa
Dr Shaariibuu Setev berkata, mendiang Altantuya adalah anak sulungnya yang juga paling berpendidikan dan paling diharapkan dalam keluarga.
Gambar Altantuya, Abdul Razak dan TPM ditunjukkan di mahkamah adalah palsu - Sepupu
Burmaa Oyunchimeg, 37, berkata gambar yang memaparkan wanita itu bersama dua lelaki berkenaan dihasilkan melalui teknik photoshop dan palsu.
Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan bagi Altantuya
Presiden Battulga berkata, kes yang melibatkan rakyat Mongolia itu telah mengakibatkan ketidaksenangan dari segi hubungan bilateral, dan juga rakyat dua negara ini.
'Najib beri saya lampu hijau untuk tangkap Razak Baginda' - Musa Hassan
Musa Hasan berkata, tiada halangan untuk polis membuka semula kertas siasatan berhubung kes itu sekiranya ada maklumat dan petunjuk baharu.
Keputusan rayuan pendakwaan kes Altantuya hari ini
Hari ini Mahkamah Persekutuan bakal menyampaikan keputusan bagi rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh Altantuya.
'CEO' filem terbitan penganalisis politik
Beto Kusyairy, Remy Ishak dan Deanna Yusof barisan pelakon yang menerajui filem baru berjudul "CEO".