ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Sept 2026.
Empat maut, tiga cedera dalam nahas 11 kenderaan di LPT1
Empat orang disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan 11 kenderaan - sebuah lori tangki, sebuah bas ekspres dan sembilan kereta - di KM110.4 LPT1 arah Lanchang menghala ke Kuantan, malam tadi.
Gambaran mengenai Malaysia tidak seharusnya terlalu berpusat pada Semenanjung sehingga Sabah dan Sarawak seolah-olah terpinggir daripada naratif negara, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM, Profesor Madya Khoo Ying Hooi.
Remaja maut tersepit bawah SUV di Lebuhraya PLUS
Seorang remaja yang menunggang motosikal maut tersepit di bawah sebuah SUV di KM285.6 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Simpang Pulai, malam tadi, menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad.
Nahas 11 kenderaan Temerloh: Polis kenal pasti identiti empat yang maut
Polis mengenal pasti identiti empat mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur di Lanchang, Temerloh, malam tadi.
Operasi pembenihan awan akan dilaksanakan segera di beberapa kawasan - Ahmad Zahid
Kawasan terlibat ialah Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang di Sarawak.
Bekas Pengerusi TH, bekas Setiausaha Perbendaharaan dibebaskan daripada reman SPRM
Mereka dibebaskan pagi tadi selepas direman bermula 27 Ogos dan proses mendapatkan keterangan mereka telah dilengkapkan oleh pegawai penyiasat SPRM.
Lelaki terlibat provokasi Sambutan Hari Kebangsaan diminta hadir ke IPD Putrajaya
Polis meminta seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian provokasi semasa Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya di sini semalam supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan.
SMART masih tunggu 'green light' Nepal untuk atur gerak misi SAR
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) masih belum menerima kebenaran daripada kerajaan Nepal untuk mengatur gerak misi mencari dan menyelamat (SAR), bagi membantu negara itu susulan bencana banjir dan tanah runtuh.
RCI TH: Seorang bekas Menteri ditahan bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Menteri berhubung siasatan berkaitan kes melibatkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.
Jakim akan panggil individu sertai pertandingan Miss Equality World 2026
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil individu yang didakwa menyertai pertandingan Miss Equality World 2026 di Thailand seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.