PADA Disember lalu, kami berpeluang untuk berkunjung ke Hutan Paya Laut Matang dekat Taiping, Perak. Sepanjang perbualan, di sebalik panas terik, renjer Hutan Paya Laut Matang, Pak Abu, berkongsi maklumat-maklumat menarik yang mengisi minda. Setiap langkah diisi dengan input yang amat menarik. Secara tidak langsung menjadi pengajaran yang sungguh berguna dalam menelosori kehidupan seharian. Pak Abu atau nama sebenarnya Abu Bakar Mat Saad, 42, mempunyai banyak cerita untuk dikongsi. Dari akar pokok sehinggalah daun.
Kesemua input itu membawa makna tersendiri kepada pengunjung Hutan Paya Laut Matang. Sifat tumbuh-tumbuhan sepanjang 1.2 kilometer ‘board walk’, yang perjalanannya memakan masa sekitar 40 minit, dikaitkan dengan nilai-nilai murni yang perlu ada pada diri setiap orang, terutama setiap modal insan demi pembangunan diri dan organisasi masing-masing. Sudah tentu perkara yang dikongsi berdasarkan pengalaman beliau dapat diterjemahkan agar menjadi sebahagian daripada amalan budaya berintegriti. “Misi kami memelihara hutan ini dengan sebaik yang mungkin. Ini warisan kami. Kami perlu mengurus dengan sempurna, daripada pencerobohan, kerosakan dan sebagainya. Bukan sahaja bagi pengunjung yang datang pada hari ini, tetapi demi manfaat generasi akan datang,” kata ketua Abu Bakar iaitu Hairuddin Abdul Hadi yang merupakan Penolong Pemelihara Hutan Paya Laut Matang.
Dalam mencapai visi dan misi, INTEGRITI juga perlu memahami persekitaran dan keperluan yang dihasratkan oleh orang ramai. Justeru, kunjungan itu telah membawa kepada satu pengalaman baharu bagi menghadapi kehendak dan cabaran tahun baharu. Kami juga berpeluang singgah di Gaharu Tea Valley,
Gopeng. Pengasasnya membangunkan kawasan sekitar 300 ekar dengan 200,000 pokok gaharu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nicklaus Ho berkata, bapanya memulakan perniagaan ini dengan harapan mahu menyediakan satu produk kesihatan kepada pengguna sepanjang 300 tahun akan datang. "Ini pesanan ayah saya," kata beliau. Malah beliau juga berkongsi falsafah syarikatnya iaitu mereka “percaya bahawa manusia yang mempunyai hai yang bersih boleh mengubah dunia mencapai kebahagian bersama.” Beliau turut berkongsi visi syarikatnya yang bersandarkan prinsip 11S – selamat, sedap, selesa, senang, sihat, sejahtera, syukur, senyum, salam, sedekah dan saudara.
Nilai-nilai integriti yang universal
Pengajaran daripada kedua-dua kes itu menunjukkan tatkala dunia menjadi mangsa kerakusan sekumpulan manusia, masih ada pihak-pihak yang memperlihatkan keprihatinan terhadap keperluan menjaga alam ini bagi generasi akan datang.
Hari ini genap 14 tahun INTEGRITI ditubuhkan. Di sebalik ruang masa ini, INTEGRITI ingin melihat usaha pemupukan dan penghayatan budaya berintegriti akan dipertingkatkan oleh setiap anggota masyarakat agar agenda yang digariskan dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) – melahirkan rakyat Malaysia yang berintegriti tinggi dicapai. Kami sedar ia bukan satu usaha yang mudah. Pada masa yang sama ia juga bukan mustahil untuk dicapai. Sasaran itu boleh dicapai jika semua pihak melipatgandakan usaha ke arah itu. Inilah harapan kami di INTEGRITI.
Bagi tujuan tersebut, sejak tahun 2004 banyak program dan aktiviti telah diadakan sama ada di peringkat nasional mahupun negeri. INTEGRITI juga telah mengambil langkah untuk menggerakkan usaha menyemak semula PIN. Bagi INTEGRITI, PIN adalah dokumen asas untuk dijadikan panduan dalam mencapai visi yang ditetapkan.
Negara telah menyaksikan banyak perubahan dan perkembangan baharu sejak PIN diperkenalkan 14 tahun yang lalu. PIN dan INTEGRITI dilancarkan pada hari yang sama.
Menyedari betapa pentingnya sifat integriti dalam kalangan anggota masyarakat, kerajaan menggubal dan melaksanakan PIN sejak 2004. PIN dibentuk dengan fokus kepada matlamat pemantapan etika dan integriti serta membudayakan integriti di kalangan semua anggota masyarakat. Dengan
adanya pelan seumpama ini, usaha untuk meningkatkan etika dan integriti dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.
Sokongan padu dan holistik
INTEGRTI menerusi pusat dan kluster yang pelbagai telah merangka sejumlah aktiviti, yang berimpak tinggi, bagi mencapai visi dan misi. Bagi tujuan itu, INTEGRITI ingin melihat sokongan semua pihak akan berterusan. Pelbagai instrumen dibangunkan bagi mendokong agenda memupuk budaya berintegriti. Sama-sama kita berganding mewujudkan satu gerakan memupuk budaya berintegriti, melibatkan semua peringkat – nasional, negeri dan daerah, dan semua peringkat usia rakyat. Kami sedar usaha ini tidak hanya akan dapat dicapai oleh INTEGRITI tanpa sokongan dan bantuan semua pihak.
Pada 16 Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan Diskusi Intelektual di Menara INTEGRITI berkata, "saya percaya untuk sesuatu perkara itu dibudayakan, kita perlu melibatkan gerakan massa dan dilakukan secara meluas lagi melata." Malah menurut beliau, untuk mengubah sikap atau untuk memperbetulkan sesuatu, kita perlu mempelbagaikan manhaj atau kaedah. Benar kata beliau, pembudayaan nilai-nilai integriti satu usaha jangka panjang. Sebagaimana ditegaskan beliau, semua pihak akan berganding dengan INTEGRITI bagi mencapai objektif PIN. Beliau juga mahu INTEGRITI, agensi-agensi kerajaan, swasta, dan masyarakat sivil yang lain bersama-sama dalam gerakan massa ini melalui pendekatan yang pelbagai dan konstruktif. Dua minggu kemudian, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamulallail bertitah, integriti memainkan peranan yang amat signifikan dalam kesejahteraan komuniti, terutama bagi Malaysia yang mempunyai komuniti pelbagai etnik dan agama. Dalam titahnya yang bertemakan "Budayakan Integriti Sejahtera Komuniti", baginda mengingatkan "tanpa integriti, bukan sahaja komuniti akan porak-peranda dan kacau-bilau malahan segagah manapun empayar yang dibina akan tumbang sepertimana pengajaran yang dizahirkan dalam sejarah empayar Rom, Parsi, Sriwijaya hatta empayar Melaka satu ketika dahulu."
Justeru dalam konteks membudayakan integriti pelbagai institusi dalam negara, baginda menyeru agar semua pihak, terutamanya komuniti setempat haruslah turut sama melaksanakan peranan masing-masing dalam menjadikan integriti amalan murni yang sentiasa dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Tanggal 23 April 2004 adalah satu tarikh bersejarah bagi kami di INTEGRITI dan bagi semua rakyat Malaysia. Tarikh tersebut menjadi permulaan agenda integriti negara dengan pelaksanaan PIN dan penubuhan institut ini.
Pengerusi INTEGRITI, Tan Sri Dr Ali Hamsa pernah berkata INTEGRITI melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha untuk membantu Malaysia ke arah mencapai negara berintegriti tinggi, berdaya tahan dan mengamalkan nilai-nilai murni sejagat. Ini juga dilakukan secara berterusan selaras dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan Pelan Transformasi 2050 (TN50). Beliau yang juga Ketua Setiausaha Negara menekankan, untuk menjadikan aspirasi ini sebagai satu kenyataan, sudah tentu nilai teras yang baik perlu menjadi tunjang utama dalam setiap sektor masyarakat. "Saya menaruh keyakinan terhadap pengurusan INTEGRITI untuk menggerakkan institut ini ke arah pelaksanaan perancangan yang lebih mantap pada masa hadapan bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan."
Selari dengan harapan itu, mantan Felo Utama INTEGRITI, Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong, tokoh pertama menyampaikan syarahan di bawah Siri Syarahan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkongsi, "keistimewaan agenda integriti ialah ia benar-benar suatu agenda nasional, yang disambut dan diterima oleh pelbagai pihak merentasi sempadan politik berparti serta sempadan kaum, agama, gender, wilayah dan usia." Justeru, beliau yang merupakan salah seorang ahli pasukan kajian yang membawa kepada kelahiran institut ini berkata, perkara yang perlu dilakukan sekarang ialah bagaimana memastikan agenda integriti tetap berperanan sebagai pentakrif jiwa dan watak masyarakat dan negara serta mempunyai penerus yang bertindak sebagai juara dalam kalangan pemimpin negara tanpa kira siapa pemula agenda ini. Beliau merumuskan bahawa pentingnya integriti bagi negara, masyarakat, organisasi dan orang perseorangan walaupun sudah jelas, namun boleh ditegaskan kembali. Maka, di sini terletaknya peranan setiap anggota masyarakat.
INTEGRITI memikul tugas dan tanggungjawab besar dalam mencapai objektif PIN. Matlamat akhir, kita boleh membina sebuah negara yang rakyatnya berintegriti tinggi, yang berdaya tahan dan mengamalkan nilai-nilai murni sejagat. Marilah sama-sama kita berganding membina negara berintegriti tinggi.
* Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI).
Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin
Wed Apr 25 2018
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melancarkan Diskusi Intelektul 16 Januari lalu menekankan keperluan sokongan pelbagai pihak merealisasikan agenda integriti negara.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Keistimewaan agenda integriti
Dalam mencapai visi dan misi, INTEGRITI juga perlu memahami persekitaran dan keperluan yang dihasratkan oleh orang ramai.