KUBANG PASU: Kejadian kepala air berlaku lagi di Kedah dan kali ini mengakibatkan 16 orang terperangkap di atas bukit di Batu Sungai Changlun, Bukit Kayu Hitam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6 petang terdapat individu terperangkap dalam kejadian kepala air.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dikejarkan ke lokasi.
"Setakat ini kita dimaklumkan mangsa terperangkap di atas kawasan air terjun di Bukit Wang dan anggota dari Unit Must Team dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berada di lokasi untuk penyelamatan.
"Pada masa sama, kita turut menerima panggilan yang terdapat 16 mangsa terperangkap akibat banjir di atas bukit di Batu Sungai Changlun, Bukit Kayu Hitam," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamadul Ehsan berkata, kejadian banjir turut membabitkan tiga buah rumah berdekatan kawasan pusat peranginan di Bukit Wang turut dinaiki air setinggi hampir 1.5 meter.
Katanya, tindakan pantas anggota berjaya mengeluarkan seramai lapan orang mangsa dari tiga buah keluarga ke lokasi selamat.
"Kita juga mengarahkan anggota bagi melakukan penilaian lengkap risiko di tempat kejadian serta memastikan tiada lagi mangsa yang tertinggal," katanya.
Mangsa yang diselamatkan dipindahkan ke rumah saudara yang berhampiran.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Nov 09 2021
Kejadian kepala air berlaku lagi di Kedah dan kali ini mengakibatkan 16 orang terperangkap di atas bukit di Batu Sungai Changlun, Bukit Kayu Hitam.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Sembilan pelajar diselamatkan dalam kejadian kepala air
Sembilan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun berdepan detik cemas, apabila terperangkap dalam kejadian kepala air petang tadi.
Banjir Baling: Air naik lagi di Kampung Iboi
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang mencetuskan panik apabila air deras turut melimpah ke atas Jambatan Bailey.
Banjir Baling: "Musnah harta benda boleh diterima, hilang nyawa sangat pilu" - Mangsa
Penduduk Kampung Iboi kecewa kerakusan manusia menjarah alam menyebabkan mereka menjadi mangsa.
Kejadian kepala air berlaku lagi di Kedah, 16 mangsa terperangkap
Kejadian kepala air berlaku lagi di Kedah dan kali ini mengakibatkan 16 orang terperangkap di atas bukit di Batu Sungai Changlun, Bukit Kayu Hitam.