KUALA LUMPUR: Fenomena kepala air yang berlaku di daerah Yan, Kedah pada Rabu antaranya disebabkan hujan dengan kadar atau intensiti tinggi di hulu sungai serta kawasan tanah tinggi, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.
Beliau berkata, ia menyebabkan akar pokok atau kawasan tadahan air tidak dapat menampung atau menahan air tersebut untuk diserap ke dalam tanah, yang akhirnya menyebabkan limpahan.
Jelasnya kejadian hujan lebat dan ribut petir yang berlaku di beberapa daerah di negeri Kedah termasuk Yan pada Rabu, adalah berikutan daripada penerimaan tiupan angin dari arah barat laut yang membawa kelembapan tinggi dari Laut Andaman.
"Ini menyumbang kepada pembentukan awan aktif di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Beberapa kawasan kampung dan taman perumahan di sekitar Gunung Jerai dilanda banjir dipercayai akibat kejadian fenomena kepala air petang Rabu yang telah meragut empat nyawa.
Sementara itu, Muhammad Helmi berkata corak cuaca lembap dan hujan lebat di negara ini dijangka berterusan sepanjang minggu ini.
Beliau berkata Malaysia sedang berada dalam tempoh Monsun Barat Daya yang telah bermula 19 Mei lalu dan dijangka berakhir pada minggu kedua atau ketiga September ini.
"Dalam tempoh ini, lazimnya keadaan atmosfera di rantau negara adalah stabil dengan kelembapan yang rendah, menyebabkan kurang pembentukan awan hujan dan menyumbang kepada taburan hujan rendah.
"Namun, adalah biasa untuk negara mengalami keadaan tempoh monsun melemah," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: Empat maut, dua masih hilang
Katanya keadaan itu berlaku apabila terdapat perubahan tiupan arah angin memasuki rantau negara, yang seterusnya menggalakkan pembentukan awan aktif dan menyebabkan keadaan cuaca yang lembap.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada sehingga hari ini, melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah; daerah Kerian, Larut Matang dan Selama serta Manjung di Perak dan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021
Anggota Pasukan Penyelamat memotong pokok yang menghempap sebuah rumah penduduk dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir akibat fenomena kepala air pada Rabu, di kawasan Titi Hayun, Yan, 19 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung.
Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat
Insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.
41 ahli keluarga cemas terperangkap insiden kepala air di Kapit
Akibat hujan lebat yang melanda, air sungai naik secara tiba-tiba mengakibatkan kepala air yang deras dan semua mangsa yang berada di situ terperangkap.
Tragedi kepala air: Jenazah Aszura selamat dikebumi
Jenazah Aszura disemadikan selepas disolatkan di Masjid Al-Muhtadin kira-kira jam 11.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Tragedi kepala air Kampung Poh: Mayat dua beradik mangsa terakhir ditemui
Mangsa Hanum Marissa Azam, 2 tahun, dan kakaknya, Hanna Mikayla, 7 tahun, dijumpai kira-kira pukul 9 dan 9.10 pagi.
'Bila lagi Uya nak makan mi kari kakak?'
Noraini berkata Isnin lalu, Aszura kali terakhir datang makan mi kari kuah kicap di kedainya bersama anaknya lelakinya Hafiy Muhayat Azam.
Tragedi kepala air di Bidor: Orang ramai dinasihat berhati-hati ketika berkelah
Ketua Polis Perak nasihat orang ramai berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).
Tragedi kepala air Kampung Poh: Mayat kanak-kanak 4 tahun ditemui, dua masih hilang
Mayat kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun itu dijumpai orang awam bersama pasukan penyelamat kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.
Tragedi kepala air Kampung Poh: Seorang lagi ditemui, tiga kanak-kanak masih hilang
Kakak kepada mangsa Aslinda Bani berusia 38 tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat.
Banjir gelombang keempat bagai 'tsunami kecil'
Kenaikan paras air secara mendadak itu menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda.