awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA

Bernama
Bernama
23/01/2025
11:56 MYT
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
Muhamad Fadlee menegaskan FAMA tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap usahawan bimbingannya jika terlibat dengan jenayah atau perbuatan kekerasan. - Gambar fail/X @tom_tvs
KUALA TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Pengarahnya Muhamad Fadlee Hassan berkata FAMA setakat ini, mengendalikan tiga tapak pasar di Kemaman iaitu Pasar Tani Chukai FAMA, Pasar Tani Kekal (PTK) Dusun Nyiur dan Pasar Tani Pantai Penunjuk Kijal.
Beliau berkata pasar tani yang tular selepas kejadian pukul pada 17 Jan lepas itu, adalah di bawah seliaan sebuah persatuan penjaja.
"Kejadian yang tular itu tidak melibatkan pasar tani seliaan FAMA, namun kebetulan waktu operasi Pasar Tani Chukai FAMA dan pasar tani kejadian itu adalah sama selain lokasinya juga berdekatan," katanya kepada media di sini hari ini.
Muhamad Fadlee berkata penjelasan itu dibuat kerana bimbang jika kekeliruan mengenai lokasi kejadian pukul tersebut menjejaskan mata pencarian usahawan yang berniaga di pasar tani seliaan FAMA.
Selain itu, beliau menegaskan FAMA tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap usahawan bimbingannya jika terlibat dengan jenayah atau perbuatan kekerasan.
"Kami juga menempatkan ahli jawatankuasa di setiap pasar seliaan FAMA bagi mengawal keselamatan termasuk untuk menghalang kenderaan daripada memasuki kawasan pasar pada waktu operasi," katanya.
Muhamad Fadlee berkata di Terengganu, terdapat sekitar 1,500 usahawan bimbingan FAMA yang berniaga di 110 tapak perniagaan.
Rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di Pasar Pagi Jalan Padang Astaka, Chukai, tular di media sosial.
Kejadian itu dipercayai berlaku selepas lelaki berusia 47 tahun yang menunggang motosikal terlanggar sebuah gerai, menyebabkan makanan untuk jualan terjatuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#OKU
#FAMA
#pasar tani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan