Kejayaan berpotensi menyebabkan manusia dipengaruhi nafsu hingga kehilangan fokus, mengundang rasa iri hati, mencetuskan pelbagai perbuatan hasad dengki dan fitnah, demikian titah Sultan Perak Sultan Nazrin.
Baginda bertitah kejayaan juga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai polemik perebutan kuasa sehingga mengheret kepada berlakunya krisis kepimpinan.
"Membina kejayaan adalah satu cabaran, tetapi mengekalkan kejayaan merupakan cabaran lebih besar dan lebih mencabar," titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-12 di sini hari ini.
Pada istiadat sehari itu, 1,367 graduan dianugerahkan ijazah dan diploma dalam bidang pengajian masing-masing.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor USAS, bertitah kejayaan sesebuah institusi dipengaruhi oleh pimpinan yang berwawasan, semangat berpasukan, dedikasi selain komitmen kakitangan serta sokongan pemegang kepentingan dan masyarakat sekitar.
Mengenai USAS, yang berusia 20 tahun, Sultan Nazrin bertitah universiti itu telah mencatatkan prestasi pencapaian yang meyakinkan dalam pelbagai aspek merangkumi perkembangan kurikulum, bilangan pelajar, staf pengurusan dan staf akademik serta pendapatan.
Sehubungan itu, baginda bertitah agar USAS mengolah dan merangka pelan strategik untuk mengharungi perjalanan 20 tahun akan datang dengan mengenal pasti dan memberanikan diri menerokai wilayah baharu agar ia terus berjaya mencipta kejayaan yang lebih gemilang.
"Ketika sambutan jubli emas penubuhannya dirayakan 30 tahun dari sekarang, sama ada USAS berimej sebagai sebuah universiti di dalam negara atau USAS memiliki reputasi sebagai sebuah universiti beridentiti tertentu," titah Sultan Nazrin.
Seperti kelaziman, Sultan Nazrin mengingatkan graduan agar menghargai jasa ibu bapa, ahli keluarga yang sentiasa memberikan sokongan material dan moral di samping mendoakan kejayaan mereka serta tidak melupakan sumbangan para guru dan tenaga pengurusan USAS.
"Beta menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor dan staf akademik, serta staf pengurusan dan staf sokongan universiti yang telah memenuhi pelbagai peranan dan melaksanakan pelbagai tugas," titah Sultan Nazrin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
Sultan Nazrin berkenan menyampaikan Anugerah Tuanku Canselor kepada Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan, Amirah Mursyidah Zainal Abidin pada Istiadat Konvokesyen Ke-12 USAS di Kuala Kangsar hari ini. --fotoBERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.
Malaysia perkukuh usaha keselamatan siber serantau semasa pengerusian ASEAN - Gobind
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025, mengesahkan komitmennya untuk memperkukuh integrasi serantau, memerangi ancaman siber, dan mengekalkan peraturan berasaskan multilateralisme di ruang siber.
Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah
Pandangan yang disediakan digarap daripada analisis terperinci dan menyeluruh Talentbank GE Index, yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia.
Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh PTPTN berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam.
Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI
Peratusan graduan berstatus kerja tetap sepenuh masa turut menurun, daripada 53.2 peratus pada 2010 kepada 44.1 peratus pada 2021.
Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI
Ramai yang sanggup menerima pekerjaan tidak mahir dan separa mahir serta bergaji rendah untuk mengelakkan pengangguran.
TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi
Sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat dikotomi dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
Kerjasama kukuh dengan industri, kadar kebolehpasaran graduan UNITEN 96.8 peratus
Libat urus berterusan dengan pihak industri dapat memberi peluang pekerjaan cerah kepada penuntut universiti.
Graduan perlu progresif kembang potensi diri, manfaat bidang baharu - Tunku Mahkota Kedah
Titah Tuanku Pro-Canselor, dunia kini telah berubah dengan cepat dan banyak industri baharu yang muncul saban hari.