KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata dengan keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang memihak kepada negara Malaysia, mahkamah lain di luar negara juga tidak akan membenarkan kumpulan Sulu itu menggunakan mahkamah, sebagai platform untuk mengganggu gugat kedaulatan negara.
"Ini (keputusan mahkamah semalam) dengan secara muktamadnya mematikan segala usaha mereka (kumpulan Sulu), untuk cuba merampas aset negara.
"Saya percaya dengan keputusan ini, di negara-negara lain juga, terutamanya di rantau Eropah, akan tidak membenarkan mahkamah mereka digunakan sebagai platform (sewenang-wenangnya) oleh pihak tidak bertanggungjawab... dan seterusnya menjamin keselamatan aset (negara) kita," katanya mengulas keputusan kes berkenaan di sini, pada Rabu.
Semalam Malaysia melakar kejayaan bersejarah, apabila Mahkamah Rayuan Paris memutuskan untuk mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020, dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan semalam berkata, apa yang lebih penting ialah keputusan itu membayangkan bahawa Mahkamah Rayuan Paris akan membatalkan award final berjumlah hampir US$15 bilion yang diberikan oleh Stampa kepada kumpulan Sulu itu.
Beliau berkata Malaysia kini berusaha agar pembatalan itu direkodkan dalam keputusan mahkamah secepat mungkin, yang akan menggagalkan usaha untuk menguatkuasakan award tersebut di seluruh dunia oleh kumpulan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

FAHMI: Ini (keputusan mahkamah semalam) dengan secara muktamadnya mematikan segala usaha mereka (kumpulan Sulu), untuk cuba merampas aset negara. - Gambar fail/BERNAMA
Pesta Kanowit 2023 tarik penyertaan masyarakat luar
Pesta Kanowit 2023 tampil dengan pelbagai program menarik termasuk perlumbaan bot laju yang menarik 120 penyertaan termasuk dari Brunei Darussalam.
Penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu bakal tingkatkan sektor pelancongan Sarawak, Kelantan
Kewujudan semula sektor penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu oleh syarikat penerbangan Air Asia diyakini merapatkan lagi hubungan antara Sarawak dan Kelantan, terutama dari sudut pelancongan.
251 bakal mahasiswa Lahad Datu terima wang pendahulun pinjaman PTPTN
Di Lahad Datu, seramai 251 orang pelajar telah menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1500 sebagai perbelanjaan persiapan awal pelajar bagi memasuki IPT.
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.