awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejayaan SMART di IRC Pakistan bukti pasukan penyelamat Malaysia diktiraf dunia - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
23/10/2024
05:57 MYT
Kejayaan SMART di IRC Pakistan bukti pasukan penyelamat Malaysia diktiraf dunia - Ahmad Zahid
Pencapaian di peringkat antarabangsa itu membuktikan bahawa pasukan SMART Malaysia memiliki kepakaran dan kesiapsiagaan terbaik. - FB Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) memenangi tempat kedua keseluruhan di Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) sempena Asia Pacific Earthquake Exercise 2024 di Pakistan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan tahniahnya berkata kejayaan SMART mendapat tempat kedua daripada sembilan negara bertanding adalah satu pencapaian amat membanggakan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata pencapaian di peringkat antarabangsa itu membuktikan bahawa pasukan SMART Malaysia memiliki kepakaran dan kesiapsiagaan terbaik setanding dengan pasukan penyelamat terkemuka dunia.
"Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada SMART yang berjaya mengharumkan nama negara di IRC.
"Semoga kejayaan ini terus menjadi motivasi untuk memperkukuh kemampuan dan kerjasama pasukan penyelamat kita demi memastikan keselamatan rakyat dan negara sentiasa terjamin. Insya-Allah," katanya menerusi catatan di Facebook.
SMART turut merangkul tempat kedua dalam acara Height Rope Rescue.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasukan SMART
#Zahid Hamidi
#Asia Pacific Earthquake Exercise 2024
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan