JOHOR BAHRU: Kejayaan United Kingdom (UK) merekodkan kematian sifar COVID-19 baru-baru ini meningkatkan lagi keyakinan kerajaan terhadap keberkesanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang dilaksanakan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Katanya, pencapaian UK itu turut meningkatkan semangat kerajaan untuk memastikan pemvaksinan ke atas seramai mungkin penduduk di negara ini.
"Daripada data yang kita peroleh menunjukkan UK dengan program vaksinasi mereka telah mencatatkan zero death. Ini beri kita semangat bahawa vaksin yang diberi betul-betul menolong meningkatkan imuniti dan perlindungan.
"Oleh itu, penting untuk kita menyediakan vaksin kepada seramai mana penduduk yang boleh agar kes COVID-19 tidak sampai ke tahap serius," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.
Empat hari lalu, media melaporkan UK merekodkan kematian sifar bagi COVID-19 untuk pertama kali sejak Julai tahun lepas, sekali gus membuktikan program vaksinasi yang dilaksanakan di negara itu sejak Disember tahun lalu berkesan.
Dr Adham berkata kerajaan kini melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pemvaksinan ke atas penduduk termasuk membuka lebih banyak PPV.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan individu yang gagal menghadiri janji temu pemberian suntikan vaksin COVID- 19 agar turut membuat penjadualan semula menggunakan aplikasi MySejahtera.
Ini penting bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai imunisasi kelompok dalam kalangan rakyat tercapai, sekali gus menghentikan penularan pandemik berkenaan, katanya.
"Jadi mereka perlu 'reschedule' dalam MySejahtera dan kita akan tengok. Dalam masa sama, kita tiada masalah dengan vaksin yang dibekalkan kerana kita boleh buat simpanan untuk penerima vaksin seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021
Dr Adham berkata kerajaan kini melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pemvaksinan ke atas penduduk termasuk membuka lebih banyak PPV. - Gambar fail/Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
ABBA pilih London untuk konsert maya, sumbang 1.4 bilion pound kepada ekonomi UK
Konsert maya kumpulan terkenal ABBA, Abba Voyage menyaksikan sumbangan besar kepada ekonomi United Kingdom.
Jutaan diarah tinggal di rumah susulan amaran merah akibat Ribut Darragh landa UK
Sekitar tiga juta penduduk di Wales dan barat daya England diarahkan kerajaan untuk kekal di dalam rumah ketika Ribut Darragh mula melanda.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak GBP72 juta (hampir RM400 juta), lapor agensi berita PA Media.
Pekerja infrastruktur kereta api UK adakan mogok 24 jam
Pekerja infrastruktur kereta api di United Kingdom (UK) akan mengadakan mogok selama 24 jam pada Sabtu berikutan pertikaian berkaitan amalan kerja.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
UK mulakan percubaan minggu kerja 4 hari dengan 1,000 pekerja
Sebanyak 17 syarikat akan menguji jadual kerja yang lebih pendek, dengan beberapa memilih model kerja sembilan hari dalam dua minggu.
Pelajar Malaysia dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh bayinya di UK
Mahkamah Mahkota Warwick menjatuhkan hukuman ke atas Jia Xin Teo, 22, pada Jumaat (25 Okt) di selepas disabitkan atas kesalahan membunuh
Kaspersky Labs kini tutup perniagaan di UK pula
Kaspersky Labs mengatakan bahawa ini dilakukan untuk menyelaraskan perniagaan mereka di rantau tersebut.
Na'imah peroleh pasport sementara untuk ke UK, Jepun bagi urusan kerja
Hakim membenarkan permohonan itu selepas peguam memaklumkan anak guamnya memohon mendapatkan pasport dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan.