awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan akhir Dew Challenge raih kejayaan

Faida Rahim
Faida Rahim
17/12/2023
12:34 MYT
Kejohanan akhir Dew Challenge raih kejayaan
Naib Presiden pemasaran Etika Amy Gan bersama Pengurus Pemasaran Kalithasan Sothinathan - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mountain Dew, sebuah jenama minuman yang terkenal dan tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia, telah menganjurkan kejohanan akhir Dew Challenge selepas dua bulan pelancaran kolaborasi bersama rakan kongsinya, PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG.
Naib Presiden pemasaran Etika Amy Gan memaklumkan pihaknya berbesar hati melihat penyertaan sekali gus sambutan diterima peserta terutama anak muda menyertai pengembaraan Dew Challenge pada tahun ini.
"Tahun ini, pihak Mountain Dew menggabungkan aksi terbaik dari dunia maya dan realiti dalam salah satu kejohanan paintball bertemakan PUBG terbesar yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
"Ini salah satu cara kami beriteraksi bersama para penggemar Mountain Dew dan dalam masa sama para peserta dapat merasai pengalaman imersif yang penuh unik serta dapat melaksanakan aktiviti pada skala besar sebegini," katanya.
Beliau berkata demikian di acara peringkat akhir Dew Challenge yang berlangsung di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Kejohanan Dew Challenge 2023 turut menerima pengiktirafan Guinness World Records (GWR) apabila berjaya menghasilkan perkataan paintball terbesar yang dibuat menggunakan 4,715 palet paintball dan penembak paintball serentak paling ramai yang melibatkan 298 peserta.
Juara kejohanan Dew Challenge dimenangi oleh AZ MYX dari wilayah utara manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh sem9 junior (wilayah tengah) dan twenty2rich guerilla (wilayah utara).
Topic Berkaitan
#pubg
#Mountain Dew
#Amy Gan
#Dew Challenge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan