Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali melihat keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948 setelah kerajaan mengambil kira
keadaan semasa terutama kewujudan media sosial yang menjadi medan mencambah ideologi kebencian antara kaum.
Dulu (pada 2012) mungkin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat akta ini relevan untuk dimansuhkan, tetapi dalam tempoh dua tahun ini, pelbagai tohmahan muncul terutama melalui Internet termasuk penghinaan terhadap agama yang membuatkan beliau terpaksa menarik balik perkara itu, katanya.
Beliau berkata pemansuhan Akta Hasutan juga dibimbangi akan menggalakkan pihak tidak bertanggungjawab bebas untuk mempertikai empat perkara utama berkaitan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara itu ialah kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (Perkara153), Kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181), Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (Perkara 152) dan Hak-Hak Kewarganegaraan (Bahagian III).
Pengekalan akta itu juga wajar untuk mengekang anasir yang cuba menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini, katanya.
"Banyak pihak salah tafsir...akta ini berbentuk pencegahan dengan tujuan utama sejak dahulu lagi adalah untuk memupuk perpaduan dan memelihara keamanan negara tanpa mengira pihak mana yang memerintah.
"Akta ini bukan untuk mengekalkan kuasa mana-mana parti politik dan tidak kira siapa sahaja yang memerintah, akta ini mesti dikekalkan," tegas Dr Mohd Fuad ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Semalam, perdana menteri mengumumkan Akta Hasutan dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.
Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata keputusan memasukkan dua peruntukan khas mengenai agama serta Sabah dan Sarawak, tepat pada masanya untuk mengukuhkan akta berkenaan.
"Saya kira penambahbaikan dengan memasukkan kedua-dua perkara itu adalah sangat relevan dan perlu memandangkan keadaan semasa yang sangat membimbangkan,"jelasnya.
Dr Marthada berkata langkah itu dapat mencegah mana-mana pihak, tidak kira beragama Islam atau agama lain, daripada menghina sesama sendiri sehingga mencetuskan api kebencian.
Cubaan menghasut Sabah dan Sarawak untuk keluar daripada Malaysia pula adalah ancaman serius kepada kestabilan dan keselamatan negara, katanya.
Bernama
Fri Nov 28 2014
Kekal Akta Hasutan mampu kekang anasir gugat keharmonian negara - Penganalisis
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.