Mungkin ramai menganggap keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang esok tidak membawa sebarang makna dari segi kedudukan kerusi DUN Selangor, tetapi mungkin tidak bagi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dilabel sebagai menteri besar yang 'cukup disenangi' dalam konteks membangunkan Selangor, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu tentunya gelisah kerana keputusan positif diperoleh PKR mampu mengheretnya turun dari teraju kepimpinan negeri.
Walaupun cetusan strategi politik melalui 'Langkah Kajang' untuk menempatkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar dilihat gagal setakat ini, Abdul Khalid belum selamat kerana 'musuh politiknya' tentu merancang sesuatu apabila menamakan isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.
Dr Amini Amir Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berpendapat misi menyingkirkan Abdul Khalid tidak mungkin terhenti sebaliknya akan bertambah kompleks.
Beliau berkata Anwar dan pasukan pemikirnya, terutama Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali, yang perseteruannya dengan Abdul Khalid diketahui umum, tentunya tidak akan mencalonkan Dr Wan Azizah jika sekadar menggantikan suaminya.
Yakin bahawa Abdul Khalid tahu dirinya sedang disingkirkan secara halus, Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia itu bagaimanapun hairan mengapa menteri besar itu tidak menyatakan pendiriannya.
"Walaupun cuba menonjolkan karakter sebagai seorang yang tabah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, Abdul Khalid tetap perlu menyatakan pendiriannya secara lebih tegas dalam menangani komplot menjatuhkannya demi harapan rakyat," katanya.
Amini Amir berkata jika Abdul Khalid memilih untuk pasrah sebagai tanda hormat, khususnya kepada Anwar yang membawanya ke arena politik, ahli perniagaan berjaya itu perlu juga menghormati pendirian PAS dan DAP yang sepakat meletakkannya di kerusi menteri besar.
"Kita tentu tertanya-tanya kenapa Abdul Khalid membisu walaupun beliau sebenarnya tahu komplot untuk menggulingkannya?. Saya akui Abdul Khalid seorang yang tabah, namun harapan rakyat terhadapnya tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Berdasarkan rekod, Abdul Khalid bukan tidak pernah membelakangkan Anwar dalam membuat keputusan, contohnya perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor yang ditandatangani bersama kerajaan persekutuan baru-baru ini menunjukkan anak kelahiran Jeram itu sebenarnya boleh menolak sentimen 'terhutang budi' demi kebaikan rakyat di bawah pentadbirannya.
Amini Amir berkata Abdul Khalid perlu menyelami rasa gusar rakyat di luar konteks politik kerana perubahan jawatan menteri besar boleh mengganggu kelancaran perancangan dan pentadbiran kerajaan negeri, malah keadaan lebih buruk seperti perebutan jawatan mungkin terjadi.
Beliau berkata bagi mengelak keadaan itu daripada berlaku, 39,278 pemilih yang layak mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Kajang Ahad ini perlu menunjukkan solidariti dan keyakinan mereka ke atas pentadbiran Abdul Khalid dengan menolak calon yang berpotensi mencetuskan situasi tersebut.
"Pengundi mesti bijak, jangan terperangkap dengan helah pakatan pembangkang. Mereka harus berani menolak calon yang berpotensi menjadi boneka Anwar untuk diletakkan di kerusi Menteri Besar Selangor," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Kajang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR dan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun.
Bernama
Sat Mar 22 2014
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.