awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekasih lakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta ditahan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
24/05/2023
10:02 MYT
Kekasih lakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta ditahan
Polis turut merampas sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih. - Gambar/ Media sosial
PASIR GUDANG: Sepasang kekasih yang dipercayai terbabit melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat letak kenderaan di Taman Tasik Bandar, Jalan Besar, Pasir Gudang, ditahan malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, kedua-dua mereka ditahan di lokasi berasingan di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang dan Taman Rinting, Masai, antara jam 11 hingga 11.45 malam.
Katanya tangkapan dibuat hasil maklumat selepas rakaman video perbuatan itu tular di media sosial.
"Satu video berdurasi 42 saat yang memaparkan tindakan sepasang lelaki dan perempuan yang berkelakuan tidak senonoh dan melanggar kesopanan di tempat awam telah menjadi tular.
"Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi, Ahad lalu di tempat letak kenderaan di Taman Tasik Bandar, Jalan Besar, Pasir Gudang.
"Polis turut merampas sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih.
"Hasil semakan juga katanya suspek lelaki mempunyai satu rekod jenayah lampau," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelas Mohd Sohaimi, kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 27 Mei depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Tular
#perbuatan tak senonoh
#Pasir Gudang
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan