ARAU:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan bahawa kekuatan parti itu masih lagi luar biasa dengan kewujudan jentera akar umbi yang menjadi nadi keutuhan parti Melayu itu di seluruh negara.
Menurutnya, ianya berbeza dengan beberapa 'pihak lain' yang disifatkannya hanya mampu membuat 'tayangan baju' dalam program yang dianjurkan.
Jelasnya, atas kekuatan itu, beliau menyatakan bahawa pihak Pas mempunyai keyakinan dan selesa untuk bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) terutama di negeri Perlis dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15) yang difahamkan akan diadakan selepas keadaan wabak COVID-19 di Malaysia semakin baik.
Tambah Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau, jentera MN di negeri itu akan terus bergerak ke hadapan meskipun wujud beberapa masalah kecil sebelum ini seperti pendaftaran secara rasmi membabitkan kerjasama antara Pas dan UMNO.
"Yang paling penting, Pas masih yakin dengan UMNO, dan Pas rasa selesa untuk kerja dengan UMNO sebab UMNO ada jentera.
"Kalau kita nak buat majlis di sini, kita tidak beritahu orang luar untuk buat majlis, kita ada kekuatan kita sendiri, kalau nak buat di kampung, kita ada kekuatan sendiri, dan Pas tahu ini kekuatan UMNO yang luar biasa, di semua tempat kita ada UMNO tetapi orang lain, banyak orang sama buat di Padang Besar, buat di Kangar di Arau, itu bukan kekuatan, itu hanya pergi tayang baju sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Jamuan Pandu Lalu Tahun Baharu Cina 2021 anjuran MCA Bahagian Arau di Tokong Cina Jejawi pada Sabtu.
Dalam pada itu, Shahidan menyatakan bahawa kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu adalah bukan disebabkan kelemahan jentera parti sebaliknya persepsi buruk yang dimainkan pihak Pakatan Harapan (PH).
Perlis memiliki tiga kerusi Parlimen yang mana dua daripadanya dimenangi oleh calon daripada parti UMNO iaitu Arau dan Padang Besar, manakala kerusi Parlimen Kangar dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), UMNO memiliki komposisi kerusi tertinggi dengan sembilan kerusi DUN, diikuti PKR dengan tiga kerusi, Pas ( dua kerusi DUN) dan MCA (satu kerusi DUN).
Abdul Hadi Che Awang
Sat Feb 13 2021
Menurut Shahidan, ianya berbeza dengan beberapa "pihak lain" yang disifatkannya hanya mampu membuat 'tayangan baju' dalam program yang dianjurkan. - Gambar fail
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Segerakan penubuhan universiti sukan di Malaysia
Dengan adanya universiti sukan ini, ia mampu dijadikan sebagai tempat pemusatan kepakaran akademik yang membolehkan pelbagai kajian dan inovasi kreatif dalam bidang sukan dilaksanakan.
KOM cadang kerajaan tubuh universiti sukan
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan universiti sukan pada masa depan.
Kampung Sungai Baru: ‘Sudah gaharu cendana pula...', kata Dr Zaliha kepada Shahidan
Selepas tertangguh sekian lama, pecah tanah projek itu dijangka boleh diadakan pada penghujung tahun ini.
Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.
UiTM: 'Soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya' - Shahidan
Sebarang soalan berbentuk kesamarataan tidak wajar ditanya, terutamanya di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM
Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.
Shahidan, Rayer saling label-melabel ‘biadab’ di Dewan Rakyat
Kekecohan itu tercetus apabila Shahidan membangkitkan isu konflik Palestin dan sekali lagi memetik nama Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan).
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Shahidan dakwa Jimmy Puah sokong Israel, panaskan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat pada Isnin kecoh apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN - Arau) mendakwa Jimmy Puah Wee Tsen (PH - Tebrau) menyokong Israel.