awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KOM cadang kerajaan tubuh universiti sukan

Bernama
Bernama
29/07/2024
15:01 MYT
KOM cadang kerajaan tubuh universiti sukan
Presiden KOM Datuk Seri Shahidan Kassim berkata cadangan tersebut merupakan antara keputusan besar yang dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli gabungan pada mesyuarat agung tahunan badan induk olahraga negara itu semalam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan universiti sukan pada masa depan.
Presiden KOM Datuk Seri Shahidan Kassim berkata cadangan tersebut merupakan antara keputusan besar yang dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli gabungan pada mesyuarat agung tahunan badan induk olahraga negara itu semalam.
Shahidan berkata penubuhan universiti tersebut penting bagi memastikan remaja terutamanya lepasan sekolah sukan terus berkecimpung dalam sukan sekali gus memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat.
"Saya ingat sudah sampai masanya kita ada universiti sukan khas sebab perkara ini perlu kita beri perhatian untuk lahirkan atlet berprestasi tinggi," katanya dalam satu video dimuat naik di laman Facebook hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyatakan hasrat untuk mengadakan sesi perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi mengetengahkan cadangan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kom
#universiti sukan
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan