awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi

Astro Arena
Astro Arena
03/07/2024
11:06 MYT
Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, ia merupakan pilihan yang telah dilakukan dengan rapi menerusi perbincangan yang dilakukan bersama Azeem serta Sheeren Samson Vallabouy.
RAJA pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sebentar tadi.
Menurut Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, ia merupakan pilihan yang telah dilakukan dengan rapi menerusi perbincangan yang dilakukan bersama Azeem serta Sheeren Samson Vallabouy beberapa hari terdahulu.
Selepas menerima perkhabaran terpilih beraksi di Paris, Azeem berkongsi reaksinya bersama Astro Arena, dia berkata, "Syukur Alhamdullillah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak KOM kerana memilih saya untuk ke Paris 2024. Saya akan memberikan yang terbaik di sana nanti. Selepas tamat saingan AUG, saya akan kembali membuat persiapan ke Sukan Olimpik nanti," katanya.
"Ada perasaan gementar, tetapi paling penting saya sangat bersyukur atas peluang ini."
Azeem menamatkan saingan 100m dalam saingan AUG di tempat kedua selepas tewas kepada pencabar dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri.
Dia juga menamatkan acara berganti-ganti 100m dengan pingat emas yang berlangsung sebentar tadi.
Reaksi Azeem Fahmi selepas KOM umum dia ke Olimpik Paris Congratulations and goodluck Azeem!!!! #AUGSurabaya2024@ASTROARENA pic.twitter.com/f5Lghp7qLR
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) July 3, 2024
*Artikel disiarkan di Stadium Astro

Topic Berkaitan
#Azeem Fahmi
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Shahidan Kassim
#Kesatuan Olahraga Malaysia
#kom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan