GEORGE TOWN: Masalah kekurangan bekalan gula yang berlaku di Kelantan dan Terengganu disebabkan oleh cuti panjang pekerja syarikat pengilang dan pusat pengedaran, bukannya satu krisis yang berpunca daripada kekurangan bahan makanan itu di pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata selepas penguatkuasaan operasi bersepadu Op Manis, isu berkenaan semakin pulih dan pemborong utama di kedua-dua negeri telah menerima bekalan daripada pengilang secara berperingkat untuk diedarkan kepada pemborong dan peruncit di seluruh kawasan.
''Secara purata penggunaan gula untuk seminggu bagi negeri di Pantai Timur ialah 400 tan metrik untuk tempoh seminggu.
''Kita juga telah menambah bekalan gula sebanyak 36 peratus iaitu berjumlah 614.12 tan metrik bagi tempoh empat hari untuk menampung bekalan, jadi orang ramai jangan buat pembelian panik kerana bekalan mencukupi,'' katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Rahmah Aidilfitri anjuran Parti Amanah di Teluk Kumbar, di sini hari ini.
Salahuddin berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Op Manis bermula 3 hingga 6 Mei lepas bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan gula di Pantai Timur sejak musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.
Hasil daripada operasi berkenaan, pihaknya juga mendapati aduan yang diterima semakin berkurangan dan tiada kes diambil ke atas peniaga kerana tiada kesalahan sorok, enggan menjual barang kawalan atau lain-lain kesalahan ditemukan.
''Sehingga 6 Mei lepas, sebanyak 132 pemeriksaan telah dilaksanakan di Kelantan dan 224 pemeriksaan telah dilaksanakan di negeri Terengganu,'' katanya.
Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata pihak kerajaan akan meneruskan Inisiatif Payung Rahmah dengan mengumumkan Skim Insurans Rahmah untuk kenderaan dan kediaman dalam tempoh dua minggu lagi.
Beliau berkata pihaknya sedang meneliti beberapa perkara termasuk premium yang akan ditawarkan kepada pengguna.
"Peringkat awal Skim Insurans Rahmah ini akan melibatkan perlindungan kepada kenderaan terpakai yang mempunyai kerosakan enjin atau gearbox serta perlindungan bagi kediaman yang sering dilanda bencana banjir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Rahmah Aidilfitri 2023 Parti Amanah Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir
Penghapusan monopoli gula di pasaran Malaysia adalah langkah yang penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan menjamin bekalan gula yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
Isu kekurangan gula selesai selewat-lewatnya hujung bulan ini - Salahuddin
KPDN menjangkakan isu kekurangan bekalan gula di pasaran akan selesai selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Pengeluaran gula putih bertapis jernih dapat kebenaran kerajaan - Salahuddin
Kerajaan telah membenarkan dua syarikat pengeluar gula tempatan untuk mengeluarkan gula putih bertapis jernih, berkuat kuasa hari ini.
Kekurangan bekalan gula di Pantai Timur bukan satu krisis - Salahuddin
Masalah kekurangan bekalan gula yang berlaku di Kelantan dan Terengganu disebabkan oleh cuti panjang pekerja syarikat pengilang dan pusat pengedaran.