KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat fardu, solat Jumaat dan solat tarawih dilakukan tanpa penjarakan fizikal di semua masjid dan surau di negeri itu bermula 1 April ini sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
"Selain solat fardu dan solat Jumaat, turut dibenarkan solat tarawih sama ada lapan atau 20 rakaat dan qiamullail pada bulan Ramadan.
"Semua aktiviti lain seperti majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah khas, umum dan lain-lain termasuk program Ihya Ramadan adalah dibenarkan beroperasi seperti biasa tanpa penjarakan fizikal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata pihak masjid, surau dan musala hanya dibenarkan menyediakan menu jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.
"Hanya jemaah yang tidak mempunyai apa-apa gejala COVID-19 sahaja dibenarkan hadir manakala jemaah bergejala tidak dibenarkan hadir.
"Semua jemaah diwajibkan memakai pelitup muka dan diwajibkan membawa sejadah masing-masing serta tidak dibenar bersalaman antara satu sama lain," katanya.
Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) masjid, surau dan musala yang lain dikekalkan sebagaimana yang telah dikeluarkan sebelum ini.
"SOP masjid, surau dan musala ini adalah selaras dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.
Tengku Mohamad Rizam berkata MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini.
"SOP sebagaimana di atas hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau, musala.
"Tindakan sewajarnya akan diambil atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini. Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah S.W.T pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Selain solat fardu dan solat Jumaat, turut dibenarkan solat tarawih sama ada lapan atau 20 rakaat dan qiamullail pada bulan Ramadan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Ops rempit besar-besaran Pulau Pinang sita 79 motosikal
Sebuah Ops rempit, pencegahan lumba haram dan samseng jalanan dijalankan besar-besaran di Pulau Pinang berjaya menyita 79 buah motosikal.
Rapatkan saf ketika solat untuk peroleh ganjaran pahala - Mufti P. Pinang
Tuntutan itu tidak wajar diabaikan kecuali dalam keadaan terpaksa termasuk mengelak jangkitan penyakit seperti ketika pandemik COVID-19.
Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam
Katanya, kejahilan sering merugikan dan oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu secara berterusan sehingga ke liang lahad.
Persaudaraan, perpaduan umat Islam akan sentiasa diuji, titah Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.
Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di Kedah mulai 1 April
Khutbah, ceramah, kuliah dan kelas pengajian di masjid atau surau juga dibenarkan dengan pematuhan SOP.
Selangor benar rapat saf solat berjemaah mulai 1 April
Solat tarawih juga dibenar dilaksanakan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di negeri ini.
Kelantan benar solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April
Perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April
Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini.
Perlis benar kehadiran jemaah tanpa terikat status vaksinasi
Kanak-kanak juga dibenarkan hadir menunaikan solat dan mengikuti aktiviti pengimarahan masjid, namun larangan tetap dikenakan terhadap individu yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti COVID-19.
Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau Wilayah Persekutuan bermula 1 April
Jemaah pada masa sama terus digalakkan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri.
Solat tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri
Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau yang boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal, masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri.