awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2024
04:30 MYT
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Mangsa ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dipijak seekor gajah di Ladang Kampung Om Pos Blau di Gua Musang pada Sabtu. -Sinar Harian
GUA MUSANG: Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dipijak seekor gajah dalam kejadian di Ladang Kampung Om Pos Blau di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah terserempak dengan seekor gajah pada jam 5 petang semasa dalam perjalanan pulang ke ladang.
"Mangsa tidak sempat melarikan diri. Siasatan lanjut mendapati tiada unsur-unsur jenayah ke atas mayat mangsa," katanya.
Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut.
Ujarnya, polis berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkait kejadian itu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Gua Musang
#Ladang Kampung Om Pos Blau
#maut dipijak gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan