GEORGE TOWN: Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini, kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata ketetapan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di peringkat Pusat berhubung solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal itu, dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan mengenainya hari ini.
"Selain kebenaran merapatkan saf, kami juga membuat ketetapan untuk membenarkan aktiviti tadarus al-Quran dan qiamullail di semua masjid serta surau sepanjang bulan Ramadan nanti dengan pemantauan pengurusan (masjid dan surau) dan jemaah perlu mematuhi SOP ditetapkan sebelum ini, termasuk membawa sejadah sendiri.
"Solat Tarawih pula dibenarkan sehingga 20 rakaat dan kami turut memberi kelonggaran untuk membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah (untuk) turut menunaikan solat (Tarawih), manakala majlis berbuka puasa dan moreh pula dijalankan mengikuti kesesuaian SOP," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Multaqa Murabbi Ummah peringkat Pulau Pinang yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Katanya kapasiti anggota jemaah pula adalah berdasarkan keluasan dalam masjid atau surau masing-masing
Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa aktiviti solat jemaah di masjid, surau atau upacara sembah-yang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.
Keputusan itu dibuat susulan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula bulan hadapan.
Sementara itu, Sirajuddin berkata Jakim sentiasa menghargai jasa dan memberi keutamaan kepada kebajikan para 'murabbi ummah' atau pendidik di semua negeri, yang sedikit sebanyak terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Sebagaimana kita menghargai para doktor, jururawat dan sukarelawan, sebegitulah juga Jakim berterima kasih kepada para murabbi ummah semuanya," katanya yang menyifatkan golongan itu sebagai kumpulan barisan hadapan dalam mendidik serta mentarbiah umat.
Beliau berkata pertambahan kuota guru takmir di seluruh negara seramai 1,000 orang, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 5,000 orang pada tahun ini, melibatkan kenaikan peruntukan RM10.8 juta setahun dan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM53 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022

Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini. - Gambar fail

Android 16 akan dilancarkan pada bulan Jun
Versi akhir Android 16 sudah lama dinantikan sejak program Android 16 Beta dimulakan pada Januari yang lalu.
Cabaran etika semakin kabur, tapi masa makin suntuk - Penyelidik
Dr Wan Nor Fitri dari UPM tegaskan cabaran etika dalam pengklonan Harimau Malaya semakin kabur apabila spesies itu berdepan kepupusan. Beliau gesa pendekatan saintifik dimulakan segera, termasuk simpanan sel stem, sebelum terlambat

Polis tahan 3 lelaki naik motosikal ceroboh Hutan Simpan Rotan Tunggal di Raub
Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana menceroboh kawasan Hutan Simpan Rotan Tunggal di Kampung Sang Lee, Raub semalam.

Nahas trak FRU: Lebih 60 individu akan dipanggil bantu siasatan - Polis
Bakri berkata ia termasuk anggota FRU yang berada di lokasi kemalangan serta pemilik syarikat lori membawa muatan batu yang terlibat.
[TERKINI] Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengulas, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan, dengan nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini - Aaron
Tawaran ini termasuk muzium utama seperti Muzium Negara, Muzium Automobil Nasional, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, dan Muzium Seni Bina Malaysia.

Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Mohd Uzir berkata, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.

Pemilihan PKR kali ini 1,000 kali lebih baik - Fahmi
Pemilihan Cabang PKR yang berlangsung April lepas disifatkan jauh lebih tertib dan teratur jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, kata Ketua Penerangan parti Datuk Fahmi Fadzil.
AWANI Ringkas: Konstabel Akmal Wafi selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump mahu terima jet mewah dari Qatar
Donald Trump mahu terima pesawat Boeing 747-8 bernilai RM1.88 bilion daripada keluarga diraja Qatar sebagai hadiah untuk dijadikan Air Force One sementara. Beberapa anggota Kongres Republikan bimbang potensi risiko keselamatan.

Pulau Pinang negeri pertama tubuh Majlis Pembangunan Industri Halal
Komitmen kerajaan negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai hab utama pengeluaran, pemprosesan serta pengeksportan produk halal.

Persiapan akhir Hari Wesak giat dijalankan, Pulau Pinang jangka terima 10,000 pengunjung
Persiapan sambutan juga berjalan lancar di Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Wat Chaiya Mangalaram di Lorong Burma dan Wat Buppharam.

Perokok, lelaki warga emas antara tertinggi hidap tibi di Pulau Pinang
Kesan buruk terhadap sistem pernafasan disebabkan tabiat merokok menjadikan individu dalam kumpulan itu lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Gangguan air: 162,000 pengguna di Pulau Pinang sudah dapat bekalan semula
Sebanyak 162,000 pengguna yang terjejas akibat Gangguan Air Berjadual (SWSI) dengan 100 peratus di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) telah mendapat semula bekalan mereka setakat 11.30 pagi tadi.

Peniaga simpan air awal, premis makanan beroperasi seperti biasa
Peniaga, terutama dalam sektor makanan dan minuman di P. Pinang alami gangguan bekalan air berjadual selama 4 hari bermula semalam.

Pulau Pinang bersedia jadi hab pendidikan ASEAN - Chow
Penjajaran akademia-industri yang lebih kukuh akan menjadi kunci kepada kurikulum yang relevan dan kebolehpasaran siswazah.

Penerbangan terus Yangon-Pulau Pinang tingkat pelancongan perubatan
Duta Besar Myanmar ke Malaysia Aung Soe Win berkata penerbangan berkenaan turut memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara.

Pulau Pinang terima penerbangan sulung terus dari Myanmar esok
Penerbangan terus itu dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 6 petang esok.

14 lelaki ditahan berjudi dalam bengkel kereta
Polis menahan 14 individu kerana disyaki berjudi di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di sini awal pagi ini.

Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohonan khas RP1 RMK13 - Chow
Antara disenaraikan ialah Projek Lebuh Raya Pan Island Link (PIL1), projek naik taraf jalan raya dan pemasangan paip serta bangunan.