Umat Islam di Kelantan dibenar mengadakan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah serta aktiviti di masjid, surau dan musalla mulai esok.
Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, telah mengampuni perkenan agar solat Jumaat, solat fardu, serta pelaksanaan aktiviti di masjid, surau dan musalla di negeri Kelantan dibenarkan namun dilaksanakan secara terkawal bagi mengelak penularan wabak koronavirus (COVID-19).
“Ia dibenarkan setelah mengambil kira pandangan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Kehadiran jemaah adalah berdasarkan kapasiti sebenar setelah diambil kira keperluan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter termasuk di anjung dan pekarangan masjid, surau serta musalla,” katanya dalam kenyataan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebenaran berkenaan adalah tidak membabitkan kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan bagaimanapun memberitahu, jemaah yang bergejala dan berpenyakit kronik termasuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun tidak dibenarkan.
“Masjid, surau dan musalla akan dibuka satu jam sebelum waktu solat dan ditutup setelah selesai,” katanya.
Beliau menyeru rakyat Kelantan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.
Sementara itu, berkaitan dengan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau pula katanya, sebarang program boleh dilaksanakan kecuali yang senaraikan dalam aktiviti larangan termasuk keraian, gotong-royong dan sebagainya.
“Ia tertakluk kepada peraturan kesihatan, peraturan pihak berkuasa tempatan dan arahan serta peraturan pihak berkuasa agama negeri.
“Hanya kuliah Subuh dan Maghrib dibenarkan dengan syarat jemaah mematuhi penjarakan sosial. Kuliah Maghrib ditamatkan sebaik sahaja masuk waktu Isyak dan Subuh pula selama 15 minit,” kata beliau.
Menurut beliau lagi, setiap aktiviti ilmu yang dijalankan, penceramah undangan perlu kebenaran khas MAIK dan dinasihatkan membuat saringan ujian COVID-19 sebelum menerima tawaran jemputan daripada masjid dan surau.
Bagi kemudahan jemaah juga, MAIK membenarkan ruang yang terhad dibuka di masjid, surau dan musalla untuk musafir singgah menunaikan solat.
Selain itu katanya, majlis akad nikah dibenarkan dilaksanakan di masjid atau surau dengan mematuhi penjarakkan sosial dengan mengambil kira tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa.
Katanya, MAIK mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan yang dibenarkan termasuk pematuhan SOP sepenuhnya.
Sebelum ini Kelantan membenarkan jemaah solat Jumaat kepada 40 orang manakala solat jemaah fardu hanya empat orang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Astro Awani
Thu Jun 18 2020
Umat Islam di Kelantan dibenar mengadakan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah serta aktiviti di masjid, surau dan musalla mulai esok. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.