awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/02/2020
09:18 MYT
Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat
Menurut Ahmad, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menerima peruntukan sebanyak RM400,000. - Gambar fail
Kerajaan Kelantan akan mula menggunakan peruntukkan “one off” berjumlah RM400 juta oleh kerajaan Persekutuan untuk tiga projek yang akan memberi manfaat kepada rakyat negeri itu.
Ketiga-tiga projek yang akan diberi tumpuan ialah pembinaan dan membaikpulih rumah dhuafa (miskin), membaiki dan menyelia jalan kampung serta pemulihan bekalan air bersih.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob berkata, persetujuan untuk menggunakan bayaran yang diterima pada Disember lalu untuk projek rakyat dicapai dalam Mesyuarat Exco hari ini.
Menurut beliau, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menerima peruntukan sebanyak RM400,000.
"Setiap DUN diperuntukan RM400,000 bagi membina dan membaik pulih rumah dhuafa iaitu mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,000," kata beliau kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Rabu.
Ahmad berkata, setiap rumah yang dibina berharga antara RM38,000 hingga RM40,000.
Setiap DUN juga, jelas beliau, akan diperuntukan RM100,000 bagi membaiki dan menyelia jalan kampung.
Sementara, peruntukan sebanyak RM30 juta pula, kata Menteri Besar, akan dibelanjakan bagi pemulihan bekalan air bersih di daerah tertentu termasuk Tumpat, Kota Bharu dan Bachok.
Beliau berkata, peruntukan itu akan disalur dan digunakan secepat mungkin.
Ahmad juga memberitahu, cadangan pembelanjaan “one off” itu akan turut dimaklumkan kepada kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Kelantan menerima bantuan sekali beri atau "one-off" sebanyak RM400 juta daripada kerajaan Persekutuan pada Disember lalu.
Surat mengenai bantuan tersebut diterima kerajaan negeri itu daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Disember lalu dan bayaran diterima seminggu kemudian.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yaakob
#guna duit RM400 juta
#Kerajaan Kelantan
#menteri besar kelantan
#projek rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan