Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyegerakan bayaran royalti petroleum kepada Kelantan selepas isu saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran royalti minyak sudah diselesaikan 17 Mei lepas.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata dari segi asasnya semua urusan berkaitan saman itu telah selesai.
"Cuma isu sekarang adalah Kerajaan Persekutuan melalui wakilnya mahu satu tarikh ditetapkan bagi pendengaran semula kes dan mahkamah telah menetapkan tarikh itu pada September hadapan.
"Jadi kita kena tunggu lagi sehingga tarikh itu. Kalau tengok kepada keadaan ini, Kelantan nampaknya tiada harapan untuk mendapat bayaran royalti minyak tahun ini... kita harap Kerajaan Persekutuan meneliti perkara ini kerana kita patuhi semua proses yang diperlukan bagi tujuan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2018 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan Pengaijian Tinggi sains dan Teknologi Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Seramai 863 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menerima anugerah itu dengan masing-masing mendapat sumbangan berjumlah RM500 seorang.
Mengulas mengenai majlis Iftar anjuran Anggota Parlimen Johor Bharu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir di Kuil Gurdwara Sahib, Mohd Amar berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
"Secara peribadi bagi saya ia tidak sepatutnya berlaku kerana perlu ada batas dalam hubungan agama walaupun kita perlu hormat agama lain. Puasa ini satu ibadat jadi tidak sesuai kita berbuka di tempat ibadat agama lain.
"Toleransi pun ada batas sempadannya yang perlu dijaga agar akhirnya kita tidak hilang identiti. Berdakwah itu boleh tetapi perlu ada kaedahnya...Islam ada prinsipnya seperti mana dalam surah Al-Kafirun yang bermaksud 'bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami'," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2019
Mohd Amar berkata dari segi asasnya semua urusan berkaitan saman itu telah selesai. -Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Proses lombong REE di Kelantan lewat kerana berada dalam hutan simpan
Taburan mineral unsur nadir bumi (REE) dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) antara yang menyebabkan berlaku kelewatan proses perlombongan hasil bumi itu di Kelantan.
Kelantan jangka bentang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tahun depan
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam persidangan DUN 2025.
Kelantan akan usul cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.
Pelarasan gaji penjawat awam Kelantan ikut pengumuman Kerajaan Persekutuan
Kerajaan negeri Kelantan akan melaksanakan pelarasan kenaikan gaji penjawat awam negeri pada Disember depan selaras dengan pengumuman dan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Isu tanah Kesedar: Kerajaan negeri dapatkan maklumat status tanah
Kerajaan negeri Kelantan akan mendapatkan maklumat tepat berhubung status tanah sama ada ia milik Kesedar atau sebaliknya.
Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya akan meneliti lebih lanjut mengenai perkara itu.
Kelantan setuju lulus cadangan pindaan enakmen kawalan hiburan baharu
Kerajaan Kelantan bersetuju meluluskan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024.
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
Usah terburu-buru mansuh skim pencen penjawat awam - Mohamed Fadzli
Katanya, banyak isu perlu dikaji sebelum cadangan itu dilaksanakan terutama masa depan penjawat awam selepas menamatkan perkhidmatan.