KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan, supaya kerja-kerja naik taraf stadium berkenaan dapat dijalankan memandangkan Liga Malaysia telah bermula.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata sekiranya peruntukan tersebut diperoleh, kerja-kerja naik taraf stadium itu boleh dilaksanakan mulai pertengahan tahun ini.
"Antara yang akan dinaik taraf ialah penukaran keseluruhan lampu limpah, penambahan astaka dan tempat duduk penonton yang lebih selesa selain stadium akan dicat baharu serta dibaik pulih beberapa prasarana sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sumbangan Hasil Kutipan Siaran Langsung Perlawanan Pramusim Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.
Pada Januari lepas, media melaporkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan RM5 juta bagi menaik taraf Stadium Sultan Mohammad sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia dan Sukan Malaysia (Sukma) di negeri ini.
Dalam perkembangan lain, Wan Roslan berkata kerajaan Kelantan melancarkan Akademi As-Sibahah di bawah kelolaan Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) sebagai usaha mencungkil bakat baharu dalam sukan renang berlandaskan patuh syariah.
"Para peserta terdiri daripada 20 pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang dibahagikan kepada kumpulan 10 lelaki dan 10 perempuan.
"Antara sekolah yang terlibat adalah Maahad Muhamadi Lelaki, Maahad Muhamadi Perempuan III, Maahad Muhamadi Pasir Pekan dan Maahad Bunut Payung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021

Wan Roslan (tengah) menyampaikan bantuan kepada wakil masjid mukim Tanjong Chat, Shamsudin Hamat (kiri) pada majlis di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 6 Mac, 2021. --fotoBERNAMA

10 Berita Pilihan - (20 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.

2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP
Dua dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Apple Event 2021: Ini antara produk yang boleh kita jangkakan
Apa agaknya produk baharu yang akan diumumkan Apple dalam acara yang diadakan secara atas talian pada tahun ini?

AWANI Ringkas: Wujud ketidaksamaan dalam pembelian vaksin | PKPD di MTAQ Pulai Chondong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,341 kes, Sarawak tertinggi | Kompaun: Bukan tindakan menganiaya
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Lagi daerah hijau di Sabah bertukar jadi zon kuning
Daerah Kuala Penyu bertukar dari zon hijau kepada zon kuning, selepas mencatatkan tiga kes baharu hari ini.
![[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021) [INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900773/5949771741618931574856_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)
![[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April) [INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900774/5949771751618931510055_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 20 April 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Ramadan 2021: 'Sambal Neraka' dan 'Hati Sukma' juadah istimewa kian pupus
Ramai tidak mengetahui ia sebenarnya adalah antara makanan warisan negara yang hampir pupus.

Bekas pemain bola baling kebangsaan cekal hadapi kanser usus tahap empat
Bekas pemain bola baling kebangsaan Kamiley Ngah tidak mudah menyerah kalah melawan penyakit dihidapinya sejak Okt 2019.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Anak jati Perak Arif Sabron terpilih bermain di kelab hoki Butterfly Roma, Itali
Pemain hoki kebangsaan, Arif Sabron terpilih untuk mewakili Kelab Hoki Butterfly Roma, Itali mulai 15 Mac hingga 15 Jun 2021.

Kerajaan negeri rancang serap atlet berkhidmat dalam sektor awam
Mana-mana jawatan sektor awam yang akan diisi oleh para atlet, juga perlu bergantung kepada kelayakan akademik masing-masing.

Impian buru emas sulung Sukan Olimpik 'ditunda'
Ia membantutkan bukan sahaja impian atlet bergelar sang juara, malah peminat sukan juga terpaksa 'menangguhkan' hasrat mereka bagi melihat atlet kesayangan mencapai kejayaan.

LTdL 2021 dibatalkan, anjur semula pada 2022
Keputusan untuk membatalkan LTdL 2021 dan menganjurkannya pada 2022 adalah satu tindakan pragmatik yang bersesuaian dengan keadaan pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini.

Latihan atlet Para Sukma Melaka dihentikan serta-merta sehingga 6 Dis
Keputusan diambil atas dasar kepentingan kesihatan, kesejahteraan dan kebaikan semua pihak yang terlibat dalam menghadapi cabaran wabak COVID-19.

Penangguhan Sukma: Atlet Sabah bersedia untuk Sukma 2022
Penangguhan Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma Johor 2020 ke tahun 2022 merupakan satu langkah terbaik bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Sukma, Para Sukma 2020 Johor dibatalkan, akan diadakan pada 2022
Johor tetap diberikan hak penganjuran untuk edisi 2022 kerana negeri itu hampir 99 peratus bersedia.