awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan negeri paling ramai nikah bawah umur

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
29/01/2020
07:49 MYT
Kelantan negeri paling ramai nikah bawah umur
Fuziah Salleh berkata, sebanyak 135 kes pernikahan bawah umur dalam kalangan umat Islam direkodkan di Kelantan sepanjang 2018 daripada 841 kes yang dicatatkan di seluruh negara. - Gambar fail
Kelantan muncul sebagai negeri yang paling ramai mencatatkan rekod pernikahan bawah umur berbanding negeri-negeri lain.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, sebanyak 135 kes pernikahan bawah umur dalam kalangan umat Islam direkodkan di Kelantan sepanjang 2018 daripada 841 kes yang dicatatkan di seluruh negara.
"Memandangkan statistik menunjukkan Kelantan negeri yang paling ramai kes perkahwinan bawah umur pada 2018 dengan 135 kes jadi saya kira ke hadapan ada banyak perkara yang perlu dilakukan, perlu mencegah, perlu juga ada undang-undang supaya ianya (perkahwinan bawah umur) tak mudah," kata Fuziah dalam sidang media, di sini pada Rabu.
Fuziah sebelum itu merasmikan Persidangan Perkahwinan Bawah Umur: Antara Harapan dan Realiti.
Kerajaan Kelantan sebelum ini memaklumkan tidak akan menaikkan had umur perkahwinan.
Negeri itu masih mengekalkan had umur pernikahan bagi wanita ialah 16 tahun manakala 18 tahun bagi lelaki.
Menyentuh mengenai perkara tersebut, Fuziah berkata, Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa menentukan had umur perkahwinan di bawah bidang kuasa negeri.
Bagaimanapun, kerajaan negeri dan mahkamah syariah negeri khasnya boleh memperketatkan permohonan pernikahan bawah umur.
Hakim Mahkamah Syariah perlu meneliti permohonan pernikahan bawah 18 tahun itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#135 kes pernikahan bawah umur
#841 kes di seluruh negara
#Fuziah Salleh
#Kelantan negeri paling ramai
#nikah bawah umur
#Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan