awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/07/2022
23:45 MYT
Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
TENGKU RAZALEIGH: Masyarakat Orang Asli sukar untuk terus hidup disebabkan air sungai yang tercemar dan hasil hutan yang terjejas. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasilnya, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurutnya, beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.
Katanya, masyarakat Orang Asli di kawasannya menghadapi kesukaran untuk terus hidup disebabkan air sungai yang tercemar dan hasil hutan mereka terjejas akibat aktiviti pembukaan hutan dan penerokaan tanah.
"Kerajaan negeri bergantung kepada hasil jualan balak. Ia akan tebang balak seberapa banyak yang boleh untuk membiayai pentadbiran negeri ini.
"Selagi ada balak, ia tebanglah, kerana punca pendapatan hanya hasil penjualan balak. Selagi ia tak ambil satu tindakan yang boleh pelbagaikan hasil kerajaan negeri, inilah kedudukannya.
"Kerajaan negeri akan menuju kemuflisan kalau ia tak boleh mempelbagaikan pendapatan negeri ini," katanya.
Sebelum ini, lebih 5,000 masyarakat Orang Asli yang tinggal di pedalaman menyuarakan harapan agar nasib mereka dibela serta usaha memelihara dan memulihara sumber air sungai dapat dilakukan.
Penduduk Orang Asli turut mendakwa aktiviti pembalakan di kawasan pedalaman turut menjejaskan kehidupan harian komuniti itu serta mengancam masa depan anak cucu mereka.
Topic Berkaitan
#pembalakan
#Orang Asli
#sumber pendapatan
#kerajaan negeri Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan