KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM30,000 secara tahunan untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi sektor pendidikan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Datuk Mumtaz Md Nawi berkata peruntukan itu bagi memperkasakan sektor pendidikan selain membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
"Peruntukan ini juga meliputi mereka yang melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) selain sumbangan anugerah kecemerlangan dengan setiap penerima akan menerima secara one-off berjumlah RM100 hingga RM150 seorang.
"Selain wang one-off berkenaan, rakyat Kelantan juga boleh memohon pinjaman melanjutkan pengajian dengan agensi di bawah kerajaan negeri iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Selangkah ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2023 UiTM Cawangan Kelantan di Bazar Tok Guru di sini hari ini, yang turut dihadiri Rektor UiTM Cawangan Kelantan Prof Dr Abdol Samad Nawi.
Sementara itu, mengenai tular seorang pemuda yang kekurangan dana untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir, Mumtaz berkata kerajaan negeri sudah menyalurkan sumbangan wang tunai kepada pelajar berkenaan.
"Kerajaan Kelantan telah menyalurkan sumbangan wang tunai kepada pelajar berkenaan cuma beliau mahu mencukupkan perbelanjaan yang diperlukan dengan bantuan tambahan daripada masyarakat," katanya.
Sebelum ini, tular di aplikasi WhatsApp mengenai seorang pemuda Ahmad Arif Aziz yang merupakan pelajar miskin selain bapanya orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, kekurangan dana sebanyak RM7,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Datuk Mumtaz Md Nawi berkata peruntukan itu bagi memperkasakan sektor pendidikan selain membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. - Gambar fail/Twitter @drzul_albakri

Hetty Koes Endang bakal meriahkan sambutan Aidilfitri KPKM tanpa bayaran - Mohamad Sabu
Penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin.

Menang PRK Ayer Kuning, Mohamad Yusri terus turun bertemu rakyat
Dr Mohamad Yusri Bakir memulakan tugas sebagai wakil rakyat baharu DUN Ayer Kuning dengan turun padang seawal pagi untuk bertemu penduduk.

Lawatan Presiden Maldives: Muizzu bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UIAM
Lawatan tersebut merupakan lawatan julung kali Muizzu ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Maldives pada 17 November 2023.

JPV laksana suntikan vaksin kawal wabak hawar berdarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu melaksanakan proses vaksinasi ke atas 224 ekor lembu dan kerbau bagi mengelak penularan wabak hawar berdarah di daerah Kuala Terengganu.
Usaha Kerajaan Perpaduan berhasil - Fahmi
Kemenangan calon BN dalam PRK DUN Ayer Kuning menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan menambat hati pengundi berjaya, menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.
Perkembangan kes tembak di Kuching
Bersama ditalian, wakil AWANI Borneo, Rudi Affendi Khalik, bagi mendapatkan perkembangan berhubung kes tembak di Kuching.
AWANI Ringkas: Tingkat kualiti internet di kawasan pelancongan Sabah - Fahmi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taman mini di Shizuoka diiktiraf taman terkecil di dunia
Sebuah "taman mini" di Shizuoka, Jepun diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai taman terkecil di dunia.
Capaian internet di Sepilok akan ditingkatkan segera
Capaian internet di kawasan pelancongan utama di Sepilok, Sandakan AKAN menikmati capaian internet yang lebih pantas dan stabiL sebagai sebahagian usaha meningkatkan kesalinghubungan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Agong zahir penghargaan kepada penyokong setia JDT
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada JDT atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2024/2025 dan menghargai sokongan padu penyokong setia.

Kelantan lindungi hak, kebajikan Orang Asli termasuk hal tanah adat
Kerajaan Kelantan komited melindungi hak dan kebajikan masyarakat Orang Asli selaras dengan dasar pembangunan inklusif negeri melalui peruntukan belanjawan negeri pada setiap tahun.

Kerajaan Kelantan tidak pertahan pelaku kes kematian pelajar tahfiz
Kerajaan Kelantan sama sekali tidak akan mempertahankan individu yang didapati bersalah sehingga menyebabkan kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman, 12 tahun lalu.

Kelantan tidak pernah lulus lesen jual vape - Exco
Kerajaan Kelantan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pernah meluluskan sebarang lesen perniagaan kepada premis penjualan rokok elektronik atau vape.

Kelantan negeri kedua paling selamat di Malaysia
Kelantan berada di kedudukan kedua negeri paling selamat selepas Sabah berdasarkan nisbah jenayah indeks kepada populasi penduduk.
![[KOLUMNIS] Analisis kriminologi terhadap peningkatan jenayah seksual dan sumbang mahram di Malaysia [KOLUMNIS] Analisis kriminologi terhadap peningkatan jenayah seksual dan sumbang mahram di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
[KOLUMNIS] Analisis kriminologi terhadap peningkatan jenayah seksual dan sumbang mahram di Malaysia
Budaya penafian dan menjaga imej keluarga menghalang usaha pencegahan dan keadilan kepada mangsa, menyebabkan pelaku terus beroperasi dalam senyap.

PGA rampas 10 lembu, 25 kambing seludup bernilai RM273,500
Dalam operasi pertama di Felda Kemahang 3, pihaknya menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 8.45 malam.

Projek tebatan banjir di Kelantan perlu disegerakan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan.

Peruntukan: Kelantan terima peningkatan 30 peratus, kerajaan adil kepada semua - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah menganaktirikan pemberian peruntukan untuk negeri pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maritim Kelantan rampas 1.2 juta batang rokok putih di Pasir Mas
Maritim Malaysia Kelantan merampas 1.2 juta batang rokok putih dipercayai diseludup dari Thailand dalam serbuan di tebing Sungai Pengkalan Ekor, Pasir Mas.

Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 wabak direkodkan
Sejumlah 68 wabak HFMD dilaporkan di seluruh negeri, dengan tiga daerah mencatat bilangan tertinggi iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, dan Kuala Krai.