Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjangkakan Barisan Nasional akan menawan semula Kelantan dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Tegasnya, perkara itu tidak mustahil kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik.
"Saya meramalkan Kelantan dan Selangor akan kembali kepada Barisan Nasional di bawah orde baharu politik. Tiada yang mustahil dalam politik," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Karang, di sini, hari ini.
Jelasnya, UMNO sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang mempunyai aspirasi politik yang sama.
"Kita sedia bekerjasama tidak kira siapa, PAS, siapa sahaja, sejarah UMNO kita adalah parti yang terbuka. Kalau kita boleh bekerjasama dengan kadazan, dusun, dayak dan sebagainya, tiada siapa yang menghalang kita untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau meminta semua badan perhubungan UMNO negeri mengadakan Konvensyen UMNO negeri masing-masing bermula 15 September sehingga tarikh sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.
"Perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan parti di mana konvensyen dahulu diadakan sebelum Perhimpunan Agung, namun kita tidak menguatkuasakannya. Tetapi kali ini kita lihat sangat perlu bagi memantapkan lagi saf barisan jentera parti," tambahnya.
Konvensyen berkenaan diadakan semua negeri dalam menghidupkan falsafah perjuangan parti bagi mengekang 'Kempen Membenci UMNO' yang dilakukan secara intensif kebelakangan ini.
"Ada pihak yang cuba menarik masyarakat kepada isu-isu tertentu, tetapi kita nak rakyat tahu peranan UMNO mesti dihidupkan dan pada masa sama, kita bersolidariti terhadap sokongan kepada pucuk pimpinan kerana kemenangan UMNO bergantung kepada bersatunya kita," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Sat Sep 10 2016
ANNUAR: UMNO sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang mempunyai aspirasi politik yang sama. -Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.