awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan serikan TMM2026 dengan pesta makanan, busana tradisional di Kuala Kumpur

Bernama
Bernama
06/10/2025
15:30 MYT
Kelantan serikan TMM2026 dengan pesta makanan, busana tradisional di Kuala Kumpur
Kamaruddin berkata program itu bertujuan memperkenalkan keunikan cita rasa serta warisan busana tradisional Kelantan kepada masyarakat termasuk pelancong antarabangsa. - Gambar Facebook Datuk Kamarudin Md Nor
KOTA BHARU: Kelantan akan menyerikan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dengan penganjuran pesta makanan Kelantan dan pertunjukan busana tradisional yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada pertengahan tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamaruddin Md Nor berkata program itu bertujuan memperkenalkan keunikan cita rasa serta warisan busana tradisional Kelantan kepada masyarakat termasuk pelancong antarabangsa.
"Pesta makanan itu menjadi platform terbaik mempromosikan identiti budaya negeri Cik Siti Wan Kembang termasuk hidangan tradisional seperti nasi kerabu dan pelbagai sajian warisan lain.
"Pertunjukan busana tradisional Kelantan pula akan mengetengahkan keindahan persalinan bangsawan, songket, batik dan rekaan berpaksikan budaya tempatan termasuk kelingkan dan ketam budu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Buffet Bekwoh 2.0 di sini hari ini.
Kamaruddin berkata penganjuran dua acara itu dijangka menarik penyertaan usahawan tempatan, penggiat seni dan pencinta budaya, sekali gus memperkukuh usaha memartabatkan industri pelancongan Malaysia bersempena TMM2026.
Sementara itu, Kamaruddin berkata kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk menjadikan perarakan kereta berhias sebagai acara tahunan, susulan sambutan luar biasa terhadap acara tersebut pada Sabtu lepas.
"Perarakan itu merekodkan kehadiran hampir 50,000 penonton memandangkan kali terakhir acara sedemikian diadakan ialah lebih 10 tahun lepas.
"Bagaimanapun, kita perlu menilai dengan teliti kerana kos pelaksanaannya agak tinggi iaitu lebih RM500,000. Namun jika ia memberi impak besar pelancongan, kita akan pertimbangkan acara diteruskan," katanya.
Perarakan kereta berhias sepanjang dua kilometer dari Kompleks Kota Darul Naim ke Stadium Sultan Muhammad IV itu pada Sabtu lepas, diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-56.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TMM2026
#busana tradisional
#pelancong antarabangsa
#nasi kerabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan