awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan teliti bantuan kepada pelajar cemerlang SPM jaga ibu hingga akhir nyawa

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2023
08:11 MYT
Kelantan teliti bantuan kepada pelajar cemerlang SPM jaga ibu hingga akhir nyawa
Mohd Syahir berkata, pihaknya sudah mendapatkan maklumat berkaitan keadaan pelajar itu, Muhammad Syahril Saidi, 18, yang kini tinggal di rumah sewa sejak beberapa tahun lalu. - Gambar/ Sinar Harian
BACHOK: Kerajaan Kelantan akan membantu perihal kebajikan termasuk mempertimbangkan bantuan rumah kepada pelajar cemerlang yatim piatu yang meraih 11A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Kampung Kandis di sini.
Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, pihaknya sudah mendapatkan maklumat berkaitan keadaan pelajar itu, Muhammad Syahril Saidi, 18, yang kini tinggal di rumah sewa sejak beberapa tahun lalu.
“Kami akan usahakan dan daripada pihak kerajaan negeri ada ruang untuk dibantu.
“Penyaluran bantuan juga dalam segala bentuk kebajikan kepada keluarga termasuk paling penting pendidikan kepada salah seorang kakak Muhammad Syahril yang sebelum ini terpaksa menangguh pengajian kerana turut menjaga ibu mereka,” katanya ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, pada Ahad.
Mohd Syahir yang turut berkongsi kesedihan atas kematian ibu pelajar tersebut, berkata, pemergian arwah amat menyentuh hati dan wajar dijadikan pengajaran kepada semua.
“Kisah mereka adik-beradik ini ialah anak-anak yang berbakti kepada ibunya.
“Diceritakan oleh guru-guru tidak menyangka Muhammad Syahril dapat meraih 11A. Boleh jadi asbab kepatuhan dan keberkatan menjaga seorang ibu,” ujar beliau.
Tuan Faridah yang menderita angin ahmar sejak tahun 2019 menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.30 malam, Sabtu.
Duka kematian itu hanya selang dua hari selepas keluarga tersebut menerima perkhabaran gembira keputusan peperiksaan anak bongsu daripada enam beradik yang bersekolah di Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Syahril Saidi
#cemerlang SPM
#anak yatim piatu
#jaga ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan