awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan TRW, PDRM FC berdepan kes tunggakan gaji pemain

Bernama
Bernama
04/01/2026
05:40 MYT
Kelantan TRW, PDRM FC berdepan kes tunggakan gaji pemain
MFL memaklumkan sebarang keputusan berhubung kes tunggakan gaji melibatkan kedua-dua kelab berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat FFP FIB dalam masa terdekat. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengesahkan dua kelab Liga Super Kelantan The Real Warriors (TRW) FC dan PDRM FC masing-masing berdepan kes tunggakan gaji pemain.

Ringkasan AI
  • MFL mengesahkan Kelantan TRW FC dan PDRM FC berdepan kes tunggakan gaji pemain, dengan TRW FC diarahkan untuk membayar gaji musim 2024-2025 sebelum 31 Disember.
  • Keputusan berhubung kes tunggakan gaji kedua-dua kelab akan dibincangkan dalam mesyuarat FFP FIB dalam masa terdekat.
  • Liga-M bekerjasama dengan PFM untuk menangani kes tunggakan gaji pemain dan mengarahkan kelab-kelab mematuhi FFP untuk menjaga kewangan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam kenyataan hari ini, MFL memaklumkan Kelantan TRW telah diarahkan oleh First Instance Body (FIB) Financial Fair Play (FFP) pada 14 Nov lepas untuk mengemukakan bukti pembayaran atau pelan pembayaran selewat-lewatnya pada 31 Dis.
"Tunggakan gaji pemain Kelantan The Real Warriors melibatkan gaji musim 2024-2025 di bawah pengurusan pemilik kelab terdahulu, manakala setakat ini tiada tunggakan gaji direkodkan bagi musim 2025-2026.
"Selain Kelantan The Real Warriors, PDRM FC yang turut mempunyai kes tunggakan gaji bagi musim ini juga telah diarahkan untuk mengemukakan dokumen FFP sebelum tarikh akhir berkenaan," menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, MFL memaklumkan sebarang keputusan berhubung kes tunggakan gaji melibatkan kedua-dua kelab berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat FFP FIB dalam masa terdekat.
Badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu turut menjelaskan pihaknya bekerjasama dengan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFM) berhubung kes tunggakan gaji pemain menerusi pelaksanaan FFP.
Selepas 13 perlawanan, Kelantan TRW berada di kedudukan ke-11 liga dengan 11 mata, manakala PDRM FC menghuni dasar liga dengan hanya mengumpul enam mata.
November lepas, Kelantan TRW dan PDRM FC masing-masing didenda RM70,000 dan larangan perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua Liga-M bermula bulan ini selepas gagal mematuhi arahan MFL berkaitan kewajiban menyerahkan Deklarasi Tunggakan atau Tiada Tunggakan serta laporan kewangan yang diperlukan.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah sebab utama Kelantan TRW dan PDRM FC berdepan dengan kes tunggakan gaji pemain? A: Kelantan TRW dan PDRM FC menghadapi kes tunggakan gaji pemain disebabkan oleh kegagalan menyerahkan Deklarasi Tunggakan atau Tiada Tunggakan serta laporan kewangan yang diperlukan kepada MFL.
  • Q: Apa tindakan yang telah diambil oleh MFL terhadap Kelantan TRW dan PDRM FC berkenaan dengan kes tunggakan gaji pemain? A: MFL telah memberi arahan kepada Kelantan TRW dan PDRM FC untuk mengemukakan bukti pembayaran atau pelan pembayaran selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan.
  • Q: Apakah kesan kepada kedua-dua kelab jika gagal mematuhi arahan MFL berkaitan dengan tunggakan gaji pemain? A: Jika gagal mematuhi arahan MFL, kedua-dua kelab boleh dikenakan denda dan larangan perpindahan pemain, seperti yang berlaku sebelum ini dengan denda RM70,000 dan larangan perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua Liga-M.

Topic Berkaitan
#Liga Super
#PDRM FC
#tunggakan gaji
#Kelantan TRW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan