KOTA BHARU: Kelantan United gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas tewas 2-3 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.
Bermain di hadapan kira-kira 1,000 penonton, Kelantan United terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-22 menerusi penyerang import Brazil Devid Silva yang menerima hantaran lintang rakan sepasukan Jose Porteria.
Susulan gol pertama itu, Kelantan United dikendali Tomas Trucha meneruskan asakan bagi menambah jaringan dan Devid sekali lagi hampir menewaskan penjaga gol Kedah Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi menerusi tandukan pada minit ke-25.
Gol penyamaan Kedah hadir pada minit ke-34 menerusi tandukan pemain import Brazil Willian Sousa yang menyambut kemas tendangan sudut Lee Tuck sekali gus menewaskan penjaga gol Kelantan United Ahmad Asyraaf Omar.
Kedah kemudian mendahului di depan selepas Manuel Gasparini yang dikasari pertahanan Kelantan United dalam kawasan kotak penalti menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil pada minit ke-44.
Bersambung babak kedua, Kedah berhasil menambah jaringan ketiga menerusi pemain gantian Mohamad Al Hafiz Harun pada minit ke-79 menerusi jaringan penalti.
Kelantan United bagaimanapun merapatkan kedudukan dengan gol kedua mereka menerusi jaringan penalti Yan Victor Silva pada minit ke-88 namun jaringannya itu tidak mampu untuk menahan Kedah daripada mengutip tiga mata penuh selepas wisel penamat ditiupkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Gol penyamaan Kedah hadir pada minit ke-34 menerusi tandukan pemain import Brazil Willian Sousa yang menyambut kemas tendangan sudut Lee Tuck. - Foto BERNAMA
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
AWANI Pagi: COVID-19 belum berakhir
Diskusi #AWANIpagi hari ini bersama Dr Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung ancaman COVID-19 yang belum berakhir.
#AWANInews
#AWANInews
EPL: Liverpool sahkan Arne Slot sebagai pengganti Jurgen Klopp
Slot mengendalikan kelab Belanda, Feyenoord Rotterdam sejak 2021, memenangi kejuaraan liga Eredivisie pada 2022/23 bersama Piala Belanda.
KDA FC berjaya selesai tunggakan gaji
KDA FC berjaya selesaikan keseluruhan tunggakan gaji bagi musim 2023, sekali gus membolehkan pasukan kelab itu mengekalkan Lesen Kebangsaan bagi bersaing dalam Liga Super musim ini.
KDA FC umum Shahrul Samsudin pangku tugas CEO
Keputusan itu bertujuan melancarkan pentadbiran dan urusan semasa kelab selepas Khamal Idris Ali meletakkan jawatan tersebut.
Sabah mahu sekat Selangor, KL City mahu terus menang
Bojan Hodak sudah tentu mahu meneruskan momentum KL City selepas merekodkan tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini.
Liga Super: Kedah dibaham JDT 6-0, Selangor benam Kelantan 3-0
Kedah Darul Aman FC dibaham Johor Darul Ta'zim yang berpesta gol 6-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri.
Liga Super: KDA tiada masalah atasi Kuching City
Kedah Darul Aman (KDA) FC berjaya menjinakkan Kuching City FC 3-0 pada aksi kelima Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.
Kelantan United gagal sekat Kedah kutip tiga mata penuh
Kelantan United gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas tewas 2-3 kepada KDA FC dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV.
Kad merah jejaskan peluang Kedah raih mata di laman sendiri - Victor Andrag
Sang Kenari gagal menterjemah permainan terbaik dalam kekalahan mengejut 1-0 ke atas PDRM FC.
Piala AFC: Kedah hidupkan peluang lepasi saingan kumpulan
Kedah Darul Aman (KDA) FC merakam kemenangan bergaya selepas mengatasi kelab dari Filipina Kaya FC-Iloilo 4-1 untuk menyalakan peluang mara ke pusingan kalah mati saingan Piala AFC 2022 malam ini.
Selangor padam rekod tanpa kalah Kedah
Kekalahan itu menyaksikan KDA FC jatuh ke kedudukan ketiga dan berkongsi sembilan mata dengan Sabah FC.
Liga Super: JDT hanya perlu tiga mata dari tiga perlawanan
Skuad Harimau Selatan itu boleh dikatakan sudah sebelah tangan di trofi Liga Super 2021, apabila berjaya menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi