BENTONG: Seorang kelindan lori meninggal dunia di Hospital Bentong setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43 Lebuh Raya Karak menghala ke Bentong dekat Bukit Tinggi semalam.
Mangsa, V Shunmugam, 69 tahun, yang mengalami kecederaan parah, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian kira-kira jam 4.20 petang semalam membabitkan sebuah treler yang terbabas semasa menuruni bukit.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila treler yang dinaiki mangsa bersama pemandu berusia 59 tahun mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit di Bukit Tinggi.
"Kenderaan tersebut kemudiannya terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di selekoh kawasan kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori mengalami kecederaan patah tangan kiri manakala kelindan parah di bahagian kepala dan tangan.
Zaiham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita berharap pemandu kenderaan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.
"Dan mana-mana pihak yang melihat kejadian ini diminta supaya tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu siasatan," ujarnya.
Norfarhiza Mohd Atar
Sun Jan 08 2023

Treler yang dinaiki mangsa terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di selekoh Kilometer 43 Lebuh Raya Karak menghala ke Bentong, dekat Bukit Tinggi, pada Sabtu. - Foto ihsan IPD BENTONG

AWANI Ringkas: Tidak pernah batal pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mangsa banjir di PPS gotong-royong masak juadah berbuka puasa
Selain bergotong-royong menyediakan juadah berbuka, PPS tersebut turut mengadakan solat tarawih di masjid serta surau berhampiran.

Azeem Fahmi buru catatan bawah 10.20s
Pelari sensasi olahraga negara, Muhammad Azeem Fahmi, menyasarkan larian di bawah catatan 10.20 saat pada penampilan pertamanya saingan 100 meter sejak berguru di Amerika Syarikat empat bulan lalu.

Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan peniaga menawarkan harga diskaun kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah.

'Cahaya Ramadan' di Piccadilly Circus London
Perhiasan lampu terangi Piccadilly Circus London buat kali pertama.

AWANI Ringkas: Inisiatif Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.
![AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015338/7699752941679576774925_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqmna Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Hari pertama puasa, apa cerita Bazar Ramadan? Tidak kira siapa terlibat, hapuskan amalan rasuah, titah Sultan Johor Lebuh raya Plus tungu masa laksana pembayaran terbuka Selepas hukuman mati mandatori, penjara seumur hidup pula dimansuhkan #AWANInews

Dua maut, lima cedera dalam kemalangan libatkan dua kenderaan
Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kota Tinggi.

AWANI Ringkas: Penjara hingga 40 tahun, sebatan ganti penjara seumur hidup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kelindan lori terlibat kemalangan meninggal dunia ketika rawatan
Akibat nahas di Lebuh Raya Karak itu, pemandu mengalami patah tangan kiri manakala kelindan parah di bahagian kepala dan tangan.

Seorang melecur nahas 5 motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya KL-Karak
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi melecur selepas motosikal ditungganginya terbakar dalam kemalangan membabitkan lima motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak.

Lebuh Raya KL-Karak ditutup lebih 2 jam Khamis depan beri laluan LTdL
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuantan akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara sukan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022, dari 1.45 tengah hari hingga 4 petang pada 13 Okt ini.

Bilangan kenderaan dijangka meningkat di Lebuhraya Karak, LPT1 hujung minggu ini
Sebanyak 160,000 kenderaan akan menggunakan Lebuhraya KLK manakala LPT1 akan merekodkan 60,000 kenderaan.

Pemandu Toyota Alphard tular pandu berbahaya direman tiga hari
Pemandu Toyota Alphard tular pandu berbahaya direman tiga hari

Trafik sesak 40 kilometer di Lebuhraya KL-Karak
Orang ramai yang masih belum memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan mereka.

Dua lelaki ditahan baling mercun di sekatan jalan raya
Sebelum kejadian, anggota polis ternampak kedua-dua suspek berusia 16 hingga 20 tahun itu menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Pemandu Camry putih kes langgar lari ditahan polis
Superintendan Kamarulzaman [email protected] Daud berkata pemandu kenderaan itu kini sedang disiasat oleh pihak polis.

Aidiladha: 1.647 juta kenderaan dijangka di Lebuhraya Karak
583,000 kenderaan dijangka menggunakan LPT1 yang merupakan laluan utama ke Pahang dan Terengganu.

1.6 juta kenderaan dijangka di Lebuh Raya Karak, LPT1
Pertambahan jumlah kenderaan itu adalah sebanyak 65 peratus iaitu bermula 1 hingga 3 Jun apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman.