awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendakwa raya Sepanyol gugur siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap Julio Iglesias
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
PRK Kinabatangan: Dua pusat mengundi ditutup 12 tengah hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelindan maut lori dinaiki langgar pembahagi jalan

Bernama
Bernama
21/08/2025
03:20 MYT
Kelindan maut lori dinaiki langgar pembahagi jalan
Komander operasi bomba membuat size up dan usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di ruang penumpang dilakukan dengan menggunakan peralatan khas menyelamat. - Foto JBPM
KEPALA BATAS: Seorang kelindan maut manakala pemandunya cedera selepas lori yang dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di KM116 Lebuhraya Utara Selatan di sini awal pagi tadi.
Dalam kemalangan itu, mangsa Saipol Nizam Aman @ Ahmad, 41, yang tersepit di ruang kabin lori meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu, Mohd Azmi Mohd Yasa, 31, yang cedera dikejarkan ke Hospital Kepala Batas di sini untuk rawatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.42 pagi dan terus ke lokasi kemalangan.
"Sebaik tiba, mendapati sebuah lori lima tan terbabas melanggar pembahagi jalan dan terdapat dua orang mangsa dalam kenderaan tersebut.
"Komander operasi membuat size up dan usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di ruang penumpang dilakukan dengan menggunakan peralatan khas menyelamat. Kelindan tersebut berjaya dikeluarkan kira-kira sejam kemudian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi sebelum mayatnya dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelindan maut
#kemalangan jalan raya
#lori terbabas
#Lebuhraya Utara Selatan
#lori langgar pembahagi jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan