awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelindan maut tercampak bawah lori

Aida Aziz
Aida Aziz
10/02/2023
03:15 MYT
Kelindan maut tercampak bawah lori
Keadaan kenderaan selepas nahas yang mengakibatkan seorang kelindan tercampak keluar dan terjatuh ke bahagian bawah lori dan disahkan meninggal dunia. -JBPM
BIDOR: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera apabila lori 10 tan yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah treler di kilometer 350.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, hari ini.
Susulan kemalangan, kelindan lori berusia 41 tahun itu telah tercampak keluar ke bahagian bawah lori dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 6.59 pagi tadi.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor bergegas ke lokasi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori 10 tan dengan treler 30 tan.
"Kelindan lori maut manakala pemandunya cedera. Pemandu treler pula tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Katanya lagi, mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dibawa pihak ambulans hospital manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan susulan.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nasir Ibrahim itu tamat pada jam 8.32 pagi.
Sementara itu, polis meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung nahas.
Ketua Polis Daerah Tapah, Suprintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor P. Prathiparaj di talian 014-6178095.
Topic Berkaitan
#lori rempuh treler
#kelindan maut tercampak
#lori 10 tan
#Lebuhraya Utara Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan