awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendakwa raya Sepanyol gugur siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap Julio Iglesias
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
PRK Kinabatangan: Dua pusat mengundi ditutup 12 tengah hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelindan maut tersepit dalam nahas dua lori

Sinar Harian
Sinar Harian
08/12/2025
04:50 MYT
Kelindan maut tersepit dalam nahas dua lori
Seorang kelindan maut tersepit dalam kemalangan membabitkan dua lori di KM 221.7, Lebuhraya PLUS pada Isnin. -Foto Sinar Harian
ALOR GAJAH: Seorang kelindan lori maut dalam kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer (KM) 221.7, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Pedas Linggi ke Simpang Ampat pada awal pagi Isnin.

Ringkasan AI
  • Seorang kelindan lori maut dalam kemalangan di KM 221.7, Lebuhraya Utara Selatan arah Pedas Linggi ke Simpang Ampat.
  • 43 tahun, mangsa lelaki tersepit di bahagian kelindan lori; usaha menyelamat dilakukan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
  • Operasi penyelamat berjaya dilaksanakan sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.29 pagi.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, PBK I Nazri Mat Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.42 pagi sebelum sembilan anggota digerakkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, kami mendapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua lori, di mana salah satu daripadanya melanggar bahagian belakang lori di hadapannya.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 43 tahun yang tersepit di bahagian kelindan. Kerja-kerja menyelamat dijalankan dan mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, operasi itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.29 pagi. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan itu? A: Salah satu lori melanggar bahagian belakang lori di hadapannya, menyebabkan satu kenderaan terbalik dan kelindan lori maut.
  • Q: Berapakah usia mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut? A: Mangsa lelaki yang terlibat dalam kemalangan itu berusia 43 tahun.
  • Q: Berapakah jumlah anggota Balai Bomba dan Penyelamat yang dikerahkan ke lokasi kemalangan? A: Sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat dikerahkan ke lokasi kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan.
  • Q: Siapakah yang mengesahkan kematian mangsa di lokasi kejadian? A: Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan kematian mangsa di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
  • Q: Pada pukul berapakah operasi penyelamatan bagi mangsa kemalangan itu ditamatkan? A: Operasi penyelamatan bagi mangsa kemalangan itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.29 pagi.

Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#kelindan lori maut
#PLUS
#Pedas Linggi ke Simpang Ampat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan