LABUAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Labuan telah bersetuju melonggarkan kuarantin wajib ke atas pengunjung dan kru kapal yang memasuki Wilayah Persekutuan itu.
Pengerusinya Rithuan Ismail berkata prosedur operasi standard (SOP) yang baharu diselaraskan bagi kuarantin telah dipersetujui oleh Majlis Keselamatan Negara dan berkuat kuasa pada 1 Sept lepas.
"Kelonggaran itu adalah selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk kadar vaksinasi yang paling tinggi dalam kalangan penduduk dewasa di sini," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata tempoh kuarantin bagi memasuki Labuan hanya lima hari bagi penduduk setempat dan rakyat Malaysia yang menetap di pulau itu, dan dengan keputusan negatif bagi ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (RT-PCR) (sah selama tiga hari) serta pengunjung digalak melengkapkan pengambilan dos kedua vaksin.
"Bagi penjawat awam yang ingin memasuki Labuan bagi tugas rasmi selama tiga hari, mereka boleh memohon SOP gelembung hijau manakala penduduk Labuan yang melakukan perjalanan ke luar untuk urusan rasmi, mereka tidak perlu menjalani kuarantin (selepas kembali), dengan syarat ujian RT-PCR mereka (bagi tempoh tiga hari) masih sah," katanya.
Rithuan berkata pengunjung (penduduk Labuan, rakyat Malaysia yang menetap di pulau itu dan penjawat awam) yang tidak divaksin akan diarah menjalani kuarantin selama 10 hari sejurus tiba di sini dan dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen pada hari kelapan dalam tempoh kuarantin.
SOP bagi kru kapal adalah seperti berikut - semua kru kapal digalak mendapatkan vaksinasi dan menjalani ujian RT-PCR di pelabuhan terakhir sebelum berangkat.
"Pemilik perlu membuat pengisytiharan bahawa kapal mereka adalah bebas daripada gejala COVID-19 symptoms dalam tempoh 14 hari ia beroperasi di perairan domestik dan 21 hari di perairan antarabangsa," katanya.
Beliau berkata tidak ada sekatan bagi pertukaran kru kapal atau 'sign on' dan 'sign off'(terpakai hanya untuk kru rakyat Malaysia yang bekerja di kapal berdaftar di Malaysia).
"Tidak akan ada arahan kuarantin untuk kru yang bakal tiba tetapi hanya untuk mereka yang dengan keputusan negatif bagi ujian RT-PCR," katanya.
Rithuan juga berkata larangan (bagi memasuki Labuan) terhadap kapal asing dari India, Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka masih kekal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Tempoh kuarantin bagi memasuki Labuan hanya lima hari bagi penduduk setempat dan rakyat Malaysia yang menetap di pulau itu. - Gambar/ Bernama
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.
Amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan selama tiga hari bermula Rabu
Keadaan cuaca ini dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, dan Sandakan, serta Labuan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.