awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelonggaran SOP penerima lengkap vaksin berkuat kuasa hari ini

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/08/2021
00:15 MYT
Kelonggaran SOP penerima lengkap vaksin berkuat kuasa hari ini
Individu lengkap dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan untuk makan di restoran dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 yang berada di negeri atau daerah Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya mula menikmati beberapa kelonggaran diberikan bermula hari ini.
Antara kelonggaran diberikan termasuk pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
BACA: Anda lengkap dua dos vaksin? Ini kelonggaran SOP yang perlu anda tahu
Selain itu, ibu bapa yang telah lengkap divaksinasi juga dibenar merentas daerah dan negeri berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.
Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia yang pulang dari luar negara dan lengkap dua dos vaksin dibenar menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
Sementara itu, solat di masjid dan surau mengikut protokol kesihatan awam turut dibenarkan dalam PPN tanpa mengira fasa dan juga termasuk kepada penganut bukan Islam menghadiri rumah ibadat.
Manakala kemudahan sektor sosial kepada individu lengkap menerima dua dos vaksin untuk fasa 2 dan seterusnya termasuk kebenaran merentas daerah, aktiviti makan di restoran, aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan dan berkumpulan (outdoor) dan pelancongan dalam negeri.
Perlu diingatkan kesemua kelonggaran yang telah diberikan kepada penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 ini memerlukan sijil digital vaksinasi COVID-19 yang boleh didapati di dalam aplikasi MySejahtera.
Bagaimanapun penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 perlu menyemak status negeri dan wilayah masing-masing bagi memastikan perincian yang dibenarkan.
Negeri dan wilayah yang masih berada dalam Fasa Satu PPN adalah Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Seterusnya negeri dan wilayah yang telah memasuki Fasa Dua PPN termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah manakala Fasa Tiga ialah Perlis, Sarawak dan Labuan.
Orang ramai boleh mendapatkan perincian lengkap kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada penerima lengkap dua dos vaksin di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Majlis Keselamatan Negara
#vaksin
#MKN
#pelancongan
#MySejahtera
#SOP
#sukan
#dua dos vaksin
#Pelan Pemulihan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan