PUTRAJAYA: Kelonggaran tertentu yang akan diberikan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 akan diumumkan tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
"Pengumumannya tidak lama lagi," katanya susulan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengenai pertimbangan memberikan kelonggaran tertentu kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin termasuk kebenaran makan di kedai dan melakukan rentas daerah atau negeri.
Muhyiddin berkata beliau telah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk membuat penilaian semula berhubung prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.
Dalam sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara maya bersama Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin semalam, Dr Adham berkata seramai 172 petugas kesihatan yang hamil telah dijangkiti COVID-19 dan kebanyakannya adalah daripada kategori 1 dan 2.
Menurutnya, 51 individu daripadanya kategori 1, 117 dalam kategori 2 dan bakinya adalah kategori 5.
Pesakit COVID-19 kategori 1 adalah tidak bergejala; kategori 2 (gejala ringan), kategori 3 (pesakit dengan radang paru-paru), kategori 4 (pesakit yang memerlukan oksigen) dan kategori 5 adalah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
BACA: PM minta JKJAV nilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin
Sementara itu, Dr Adham berkata dalam tempoh 4 hingga 10 Julai, sebanyak 870 kluster aktif dikesan di seluruh negara dan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) yang direkodkan adalah 1.13.
"Kluster-kluster yang mencatatkan peningkatan dalam minggu tersebut adalah kluster tempat kerja, pendidikan dan pusat tahanan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 19.0 respons kendiri berhubung kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) diterima melalui aplikasi Mysejahtera bagi setiap 1,000 dos vaksin diberikan sejak bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Antara kesan sampingan yang dilaporkan adalah kesakitan di tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan, katanya.
Berdasarkan sistem pemantauan AEFI Bahagian Regulatori Farmasi Negara, hanya 0.06 pelaporan diterima bagi setiap 1,000 dos vaksin yang diklasifikasikan sebagai serius yang memerlukan rawatan lanjut dan kemasukan ke hospital.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Bagi setiap 1,000 dos vaksin, hanya 0.06 pelaporan diterima yang diklasifikasikan sebagai serius dan memerlukan rawatan lanjut dan kemasukan ke hospital. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Bolehkah sengaja tak pergi solat Jumaat kerana bermusafir?
Masyarakat diingat agar memastikan terlebih dahulu sama ada kita memenuhi syarat orang yang dibenarkan melakukan keringanan atau tidak.
Kelonggaran mengisi MDAC sehingga 31 Disember
Warga asing yang ingin memasuki negara ini diberi kelonggaran sehingga 31 Disember ini mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) di pintu masuk negara.
Tidak perlu lagi pakai pelitup muka dalam kapal terbang - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan menjelaskan protokol bahari itu berkuat kuasa serta merta.
COVID-19: Thailand beri lebih banyak kelonggaran
Pelawat juga tidak lagi perlu mengemukakan keputusan ujian pantas COVID-19 semasa ketibaan.
COVID-19: Kelonggaran SOP di 'komuniti bebas COVID' China
Di beberapa kawasan, pusat ujian saringan dibangunkan bagi memudahkan urusan petugas kesihatan.
PRN Johor: KKM syor beri kelonggaran penceramah dibenar buka pelitup muka - Khairy
Bagaimanapun, kelonggaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) itu hanya dibenarkan, sekiranya terdapat penjarakan fizikal yang sesuai dalam aktiviti berkempen.
Sekatan COVID-19: Kewajipan sijil vaksinasi ditarik semula di Republik Czech
Perdana Menteri Petr Fiala berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa lagi kelonggaran dalam bulan ini.
PM beri bayangan lebih banyak kelonggaran aktiviti sukan, riadah
Lebih banyak aktiviti sukan dan riadah akan dibuka selepas kelonggaran pertama yang diberikan bermula 9 September lepas.
Tabika, taska, pusat jagaan harian dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1, 2 PPN - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang hari ini bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada beberapa sektor.
Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih, catat aliran masuk RM6.6 juta minggu lepas
Para pelabur memulakan urus niaga minggu lepas sebagai pembeli bersih, memperoleh RM20.8 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.