awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluar kata kesat: Pegawai imigresen ditukar bahagian, disiasat integriti

Bernama
Bernama
21/08/2022
09:00 MYT
Keluar kata kesat: Pegawai imigresen ditukar bahagian, disiasat integriti
Khairul Dzaimee berkata pihaknya memandang serius kejadian yang dipercayai berlaku di Shah Alam itu, walaupun siasatan awal mendapati terdapat unsur provokasi daripada orang awam berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Imigresen yang didakwa mengeluarkan kata kesat kepada orang awam dalam satu kejadian baru-baru ini seperti tular melalui sebuah video, telah ditukar ke bahagian lain dan berhadapan siasatan bahagian Integriti Jabatan Imigresen.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang serius kejadian yang dipercayai berlaku di Shah Alam, Selangor itu, walaupun hasil siasatan awal mendapati terdapat unsur provokasi daripada orang awam berkenaan.
"Bagaimanapun tindakan diambil pegawai terlibat, bertentangan slogan jabatan iaitu "Integriti, Profesional, Mesra". Selain itu, adalah diakui bahawa menjerit dan mengeluarkan kata kesat terhadap orang awam tidak sepatutnya dilakukan seseorang pegawai imigresen, yang merupakan penjawat awam," katanya.
Sebelum ini, tular video di media sosial di mana seorang lelaki berusia 50-an berang, kerana tidak mendapat layanan sewajarnya dipercayai ketika membuat pasport di kaunter Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC), Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.
Khairul berkata pihaknya berasa kesal dengan tindakan provokasi orang awam berkenaan, namun berpendapat pegawai imigresen seharusnya lebih bijak mengawal diri dan mengambil sikap profesional, apabila berdepan provokasi lisan oleh orang awam kerana mereka telah diberi latihan dan tunjuk ajar mencukupi.
"Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk orang ramai memperbaharui pasport mereka seperti permohonan dalam talian dan pemanjangan waktu operasi termasuk Sabtu dan Ahad. Jabatan Imigresen (JIM) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sosial jabatan ini untuk maklumat terkini.
"JIM juga ingin menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana pegawai yang bersikap tidak profesional, dalam masa sama jabatan ini juga akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba memburukkan imej dan kredibiliti jabatan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tular
#Jabatan Imigresen Shah Alam
#keluar kata kesat
#kena tindakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan