awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga 2 mangsa sindiket penipuan pekerjaaan di Thailand mohon bantuan polis, kerajaan

Bernama
Bernama
11/05/2022
11:49 MYT
Keluarga 2 mangsa sindiket penipuan pekerjaaan di Thailand mohon bantuan polis, kerajaan
Sindiket itu didakwa meminta pampasan sehingga RM80,000 sebagai 'harga pembebasan' jika mereka mahu pulang ke Malaysia. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Keluarga kepada dua pemuda, dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Thailand, memohon bantuan pihak polis dan kerajaan bagi membantu menyelamatkan mereka yang didakwa terkandas di negara jiran itu sejak tahun lepas.
Lim Zin Xin dan Teoh Chi Peng, kedua-duanya berusia 20 tahun, pergi ke Thailand pada 7 Julai tahun lepas kerana mengikut rakan yang menawarkan pekerjaan di sana dengan gaji lumayan RM8,000 sebulan.
Bapa Zin Xin, Lim Soon Peng, 53, berkata anaknya memaklumkan mereka diarahkan berpindah-randah di beberapa kawasan dan lokasi terkini mereka adalah di kawasan Segi Tiga Emas yang menjadi sempadan antara Thailand, Myanmar dan Laos.
Katanya, sindiket itu meminta pampasan sehingga RM80,000 sebagai 'harga pembebasan' jika mereka mahu pulang ke Malaysia.
"Kami semua buntu dan bimbang dengan keselamatan mereka dan sentiasa memikirkan nasib mereka di kawasan Segi Tiga Emas tersebut kerana saya dan keluarga tidak ada duit sebanyak yang diminta untuk membayar pampasan mereka," katanya ketika ditemui di Pejabat MCA Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata mereka berhubung menerusi aplikasi WeChat dan Zin Xin memberitahu dia bekerja sehingga 20 jam sehari selain pergerakannya sentiasa dikawal termasuk ketika berada di asrama pekerja.
Soon Peng bagaimanapun tidak tahu apa pekerjaan anaknya dan seorang lagi rakannya itu.
Ibu kepada Chi Peng, T. Ranggama, 62, berkata beliau juga tidak mampu untuk menyediakan wang seperti diminta sindiket berkenaan dan kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya ialah pada 17 April lepas.
Sementara itu, Pengarah Biro Perkhidmatan Awam MCA Pulau Pinang Ooi Teik Liang berkata pihaknya sedang berusaha untuk membantu kedua-dua keluarga berkenaan menerusi kerjasama dengan pihak polis dan polis antarabangsa (Interpol).
Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai terutama golongan muda agar tidak tidak terpedaya dengan tawaran kerja di luar negara yang semakin berleluasa di media sosial sekarang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan pekerjaan
#terkandas di thailand
#rakyat Malaysia
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan