Skip to main content

Politik

Tiada cadangan bubar DUN Perak selepas pembentangan Belanjawan Negeri 2027 - MB

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika bertemu pemberita selepas menghadiri Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak siri ke-8 di Stadium Indera Mulia hari ini. - Foto Facebook Saarani Mohamad
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika bertemu pemberita selepas menghadiri Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak siri ke-8 di Stadium Indera Mulia hari ini. - Foto Facebook Saarani Mohamad

Ringkasan AI

  • Menteri Besar Perak menegaskan tiada cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas pembentangan Belanjawan Negeri 2027.
  • Keputusan pembubaran DUN adalah prerogatif Sultan Perak dan memerlukan alasan munasabah sebelum sebarang permohonan dikemukakan.
  • Kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Perak kekal utuh walaupun berlaku pertembungan dalam beberapa Pilihan Raya Negeri sebelum ini.
Advertisement

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tiada cadangan atau keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejurus pembentangan Belanjawan Negeri 2027, esok.

Beliau berkata keputusan membubarkan DUN terletak di bawah kuasa prerogatif Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan memerlukan alasan munasabah sebelum sebarang permohonan pembubaran dikemukakan.

“Pentadbiran negeri masih mempunyai tempoh sekitar setahun lagi untuk menyempurnakan mandat rakyat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan negeri,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak siri ke-8 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Pada 18 Nov lepas, Pejabat Menteri Besar Perak menafikan dakwaan yang tular di beberapa platform media sosial kononnya Saarani telah menghadap Sultan Nazrin Shah untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan telah mendapat perkenan baginda.

Advertisement

Sementara itu, Saarani berkata kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Perak kekal utuh dan tidak terjejas walaupun berlaku pertembungan antara kedua-dua gabungan di beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement