KUALA LUMPUR: Keluarga anggota komando Lans Kpl Edrin Baintim yang lemas ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Undan, Melaka pada 7 Feb lepas akan menerima bayaran pampasan bermula bulan hadapan.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata waris mendiang akan menerima bayaran dalam dua bentuk iaitu bayaran bulanan dan bayaran sekali bayar.
"Bagi bayaran bulanan, mangsa akan menerima pencen terbitan berjumlah RM459.80, pencen orang tanggungan sebanyak RM287.36 sebulan dan ex-gratia orang tanggungan sebanyak RM781.63 sebulan. Jumlah keseluruhan setiap bulan adalah sebanyak RM1,528.80.
"Bagi bayaran sekali gus atau one off adalah sebanyak RM14,738.95 membabitkan masing-masing ganjaran terbitan bernilai RM9,310.95 dan faedah gantian cuti rehat sebanyak RM5,428," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas sambutan Hari Tentera Darat ke-90, di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.
Pada 7 Februari lepas, Edrin, 25, yang merupakan anggota Tentera Darat daripada Grup Gerak Khas (GGK) atau lebih dikenali sebagai komando, dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan.
Dia yang menyertai latihan eksesais 'Pari Harimau' iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari Pulpak Sungai Udang, ditemukan terdampar, lengkap berpakaian sut penyelam oleh orang ramai di pantai bakau Tanjung Sepat, Selangor pada 10.15 pagi, 19 Feb lepas.
Sementara itu, mengulas mengenai Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas, Zamrose berkata Tentera Darat Malaysia (TDM) diperuntukkan sebanyak RM6.5 bilion dari keseluruhan RM17.7 bilion yang disalurkan kerajaan kepada Kementerian Pertahanan.
"Kalau nak cakap sama ada cukup atau tidak, ia memang tidak mencukupi tetapi TDM akan sentiasa menggunakan sebaiknya apa yang ada (aset)... kita faham situasi kewangan negara jadi kita akan gunakan aset-aset sedia ada," katanya.
Bagaimanapun, Zamrose melahirkan harapan supaya TDM dapat membuat perolehan aset baharu namun pada masa sama beliau berkata pihaknya akan sentiasa menyesuaikan dengan situasi semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
Jasad Edrin dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Sandakan, Sabah pada 21 Februari lalu. - Gambar fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Keluarga anggota komando lemas di Pulau Undan terima pampasan
Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata waris mendiang akan menerima bayaran dalam dua bentuk iaitu bayaran bulanan dan bayaran sekali bayar.
Jasad anggota komando diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah
Jasad Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang ditemukan terdampar semalam di paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah petang ini.
Menteri Pertahanan ucap takziah kepada keluarga mendiang Edrin
Menerusi hantaran akaun Facebooknya, Mohamad berkata pemergian Edrin kehilangan besar buat negara.
Selepas 12 hari, mayat komando lemas ditemui di Tanjung Sepat
Mayat seorang lelaki dipercayai anggota komando Tentera Darat yang dikhuatiri lemas ketika melakukan latihan selaman di perairan Pulau Undan, di sini 12 hari lalu, ditemui di Tanjung Sepat, Banting.
Anggota komando lemas, keluarga harap jasad ditemui
Dalam masa sama, keluarga Lans Koperal Edrin Baintim reda dengan apa sahaja ketentuan takdir.