SEPANG: Berkat kesedaran seorang petani yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), balu dan anak-anak yang ditinggalkan beliau dapat dibantu PERKESO menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Pada 9 Disember lalu, kira-kira jam 4 petang, Allahyarham Ramlidin Ahkemat telah disengat tebuan
semasa melakukan kerja harian di kebun, menyebabkan beliau meninggal dunia.
Peristiwa malang yang menimpa Allahyarham telah menarik perhatian PERKESO yang kemudiannya mendapati bahawa beliau dilindungi di bawah Pelan 2 SKSPS, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789).
Hanya seminggu sebelum kejadian iaitu pada 2 September 2022, Allahyarham, 50 tahun, telah mencarum
dengan SKSPS di bawah SPS Tani, satu inisiatif Program SPS Padanan Caruman.
Ini melayakkan balu Allahyarham, Salina Mat Ali dan ketiga-tiga anak yang berusia bawah 21 tahun menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM1,395 sebulan.
Bayaran FPM dibayar sekali manakala bayaran FOT adalah setiap bulan, bermula 1 Januari 2023.
Salina, 48 tahun, akan menerima bayaran FOT seumur hidup sementara anak-anak sehingga mereka mencapai usia 21 tahun atau berkahwin atau tamat pengajian Ijazah Pertama.
Sewaktu kejadian, Allahyarham sedang bekerja di kebunnya di bawah projek Taman Kekal Pengeluaran
Makanan (TKPM).
Sebagai peserta projek TKPM, Allahyarham menyewa daripada Kerajaan Negeri Selangor dengan mengusahakan tanaman pisang, keledek, ubi kayu, kunyit dan kelapa. Beliau menerima bantuan dan bimbingan daripada Jabatan Pertanian yang bermatlamat untuk meningkatkan produktiviti, memperbaiki pemasaran hasil ladang, dan seterusnya meningkatkan pendapatan peserta TKPM.
PERKESO menyeru mereka yang bekerja sendiri termasuk golongan petani yang masih belum mendaftar
dan mencarum di bawah SKSPS supaya segera berbuat demikian demi perlindungan diri dan keluarga
sekiranya ditimpa musibah yang tidak diduga.
Kerajaan telah memperkenalkan insiatif SPS Padanan Caruman dalam Bajet 2022 yang bertujuan untuk memperluaskan perlindungan keselamatan sosial bagi mereka yang bekerja sendiri dalam sektor informal yang disasarkan.
Menerusi SPS Tani, petani atau pengusaha ladang dan tanaman hanya membayar 20% daripada jumlah caruman Pelan 2 SKSPS iaitu RM46.60 untuk perlindungan setahun manakala Kerajaan membiayai selebihnya, sebanyak RM186.20 (80 peratus).
Manfaat FPM dan FOT di bawah SKSPS adalah faedah yang dibayar kepada orang tanggungan sekiranya
pencarum yang bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana berkaitan pekerjaan sendiri.
Sehingga 1 November 2022, sejumlah RM10.8 juta telah dibayar kepada 3,965 orang penerima faedah di bawah SKSPS.
Astro Awani
Fri Dec 23 2022
Peristiwa malang yang menimpa Allahyarham telah menarik perhatian PERKESO yang kemudiannya mendapati bahawa beliau dilindungi di bawah Pelan 2 SKSPS, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789). - foto PERKESO
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
FDAM galakkan ahli mencarum SKSPS - Afdlin
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggalakkan kesemua ahlinya menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso.
Keluarga dibantu, Allahyarham mencarum PERKESO sebelum meninggal dunia
Berkat kesedaran seorang petani yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial, balu dan anak-anak yang ditinggalkan beliau dapat dibantu PERKESO menerusi SKSPS.
Bajet 2023: Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwajibkan tahun depan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata inisiatif itu akan bermula dengan sektor pengangkutan awam dan penghantar barangan atau makanan.
Perkeso Kelantan sasar 10,000 rakyat Kelantan bekerja sendiri mencarum skim SKSPS
Sejak diperkenalkan pada 2017, hanya sekitar 20 peratus daripada kira-kira 43,000 OBS yang telah mencarum SKSPS.
Waris penghantar makanan bersyukur terima faedah Perkeso
Kejadian tersebut membolehkan warisnya untuk menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan (FOT), selain turut menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000.
Perkeso harap lebih ramai pekerja ekonomi gig dapat perlindungan keselamatan sosial
Ini kerana golongan itu terdedah kepada pelbagai risiko berkaitan pekerjaan sendiri.
Belanjawan 2020: Perkeso sambut baik i-Suri dan SKSPS dilanjutkan
Ia akan membolehkan Perkeso meluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan yang belum dilindungi dan memastikan mereka mendapat perlindungan minimum.
Pemandu teksi, e-hailing disasar mencarum tahun hadapan
Setakat ini hanya 7,000 atau tujuh peratus daripada semua pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing mencarum dengan Perkeso.
Pemandu e-hailing, teksi wajib carum Perkeso mulai 1 Nov
Sehingga kini, hanya 5,197 daripada 100,000 pemandu teksi dan e-hailing yang mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.