LONDON: Putera dan Puteri Wales dikatakan "sangat tersentuh dan terharu" dengan kemesraan dan sokongan orang ramai berikutan pengumuman kanser, lapor PA Media/dpa.
Kate Middleton, 42, mendedahkan beliau sedang menjalani kemoterapi pencegahan menerusi satu video yang penuh emosi pada Jumaat.
Ia telah meraih sokongan global, termasuk daripada Raja Charles III, Duke dan Duchess of Sussex, tokoh politik dan orang ramai.
Jurucakap Istana Kensington pada Sabtu berkata: "Putera dan puteri, kedua-duanya sangat tersentuh dengan mesej baik daripada orang-orang di sini di UK, di seluruh Komanwel dan di seluruh dunia sebagai respons kepada mesej Duli Yang Teramat Mulia.
"Mereka sangat terharu dengan kemesraan dan sokongan orang ramai serta berterima kasih atas pemahaman permintaan mereka untuk privasi pada masa ini."
Charles yang disahkan menghidap kanser pada Februari, dikatakan berbangga dengan menantu kesayangannya itu kerana keberaniannya bercakap mengenai rawatannya dan telah terus berhubung rapat sejak beberapa minggu lepas.
Duke dan Duchess of Sussex turut menyampaikan kata-kata sokongan: "Kami mendoakan kesihatan dan penyembuhan untuk Kate dan keluarga dan berharap mereka dapat melakukannya tanpa gangguan dan secara aman."
Butiran lanjut mengenai jenis kanser tidak didedahkan, tetapi bakal ratu itu telah memulakan kursus "kemoterapi pencegahan" lewat Februari dan dikatakan mempunyai pemikiran yang positif untuk pemulihannya dan berada dalam semangat yang baik, menggambarkan dirinya sebagai "baik dan semakin kuat setiap hari."
William dan Kate telah memberi tumpuan kepada anak-anak mereka, meluangkan masa untuk berkongsi keadaan kesihatan Kate dengan Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis.
Pemimpin politik pelbagai parti turut melahirkan rasa simpati dan sokongan kepada Kate.
Setiausaha Luar UK David Cameron dalam hantaran di X menyatakan: "Kekuatan puteri - bercakap begitu terus terang, dengan semua tekanan publisiti dan membesarkan keluarga muda - adalah luar biasa dan benar-benar dikagumi di seluruh dunia."
Difahamkan mesej video itu, yang dirakam pada Rabu di Windsor, dikeluarkan pada hari tiga anak William dan Kate memulakan cuti sekolah sempena Paskah atau Easter, untuk memanfaatkan tempoh cuti itu bagi melindungi mereka daripada liputan kesihatan ibu mereka.
Pengumuman itu mungkin menamatkan spekulasi sengit dan teori konspirasi di media sosial sepanjang beberapa minggu mengenai keberadaan dan kesihatan bakal ratu itu.
Khabar angin dalam talian mengenai Kate semakin hangat selepas William terlepas, dalam notis yang singkat, upacara memperingati bapa baptisnya mendiang Raja Constantine dari Greece pada 27 Feb.
Kini difahamkan keputusan pewaris takhta itu untuk tidak hadir adalah berkaitan keadaan isterinya, tetapi tidak diketahui bila puteri itu diberitahu mengenai ujian positif kanser.
Spekulasi lanjut tercetus selepas puteri itu mengaku "menyunting" gambar rasmi sempena sambutan Hari Ibu yang mempunyai beberapa kesilapan.
Perkembangan selanjutnya menyaksikan siasatan dilancarkan oleh badan pemantau privasi dan perlindungan data UK, Pejabat Pesuruhjaya Maklumat, atas dakwaan terdapat percubaan untuk mengakses rekod perubatan swasta Kate di Klinik London tempat beliau menjalani pembedahan.
Tidak diketahui berapa lama Kate akan menerima rawatan tetapi difahamkan beliau mungkin berminat untuk menghadiri acara tertentu pada bila-bila masa keadaan mengizinkan, selaras dengan nasihat perubatan, walaupun ini bukan petunjuk untuk kembali bertugas sepenuh masa.
William akan terus mengimbangi sokongan untuk isteri dan keluarganya serta mengekalkan tugas rasminya seperti yang telah dilakukannya sejak Kate menjalani pembedahan.
Pewaris takhta itu dijangka kembali menjalankan tugas awam selepas anak-anaknya kembali ke sekolah selepas cuti Paskah.
William dan Kate tidak akan menghadiri upacara sambutan perayaan Paskah keluarga diraja di Gereja St George Windsor Castle, yang Raja berharap dapat hadir bersama Ratu jika kesihatannya mengizinkan.
Ia tidak mungkin menjadi perhimpunan keluarga besar diraja, menurut akhbar The Telegraph, kerana Charles telah menangguhkan tugas diraja membabitkan penampilan awam.
Charles telah menerima rawatan kanser yang tidak didedahkan sejak awal Februari selepas beliau menjalani rawatan prostat di hospital sama lokasi Kate menjalani pembedahan abdomen.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Kate Middleton, 42, mendedahkan beliau sedang menjalani kemoterapi pencegahan menerusi satu video yang penuh emosi pada Jumaat. - Gambar/ Reuters
Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan di kawasan Loji Cinta Mata, di Jalan Table, Tawau pada Selasa.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kementerian Perpaduan Negara peruntuk RM20 juta perkasa Rukun Tetangga
Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM20 juta bagi memperkasakan Rukun Tetangga (RT) menerusi Inisiatif Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif yang dilancarkan hari ini.
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
KKR syor teliti semula tempoh siap projek
Ahmad berkata ia termasuk mempraktiskan amalan terbaik dari negara luar dalam menyiapkan projek pembinaan rumah dan jambatan dalam tempoh singkat.
Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Mahkmah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, yang melarang beliau daripada mengelu
Nurulhidayah lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menarik nafas lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Terbaharu, beliau berpeluang berkongsikan mesej tersebut sewaktu diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Masa Depan Dunia Islam’, di Perpustakaan Negara Qatar, di Universiti Hamad bin Khalifa, di sini pada Selasa.
Terbaharu, beliau berpeluang berkongsikan mesej tersebut sewaktu diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Masa Depan Dunia Islam’, di Perpustakaan Negara Qatar, di Universiti Hamad bin Khalifa, di sini pada Selasa.
Niaga AWANI: Sarawak optimis capai sasaran 4 juta pelancong tahun ini
Sarawak optimis capai sasaran 4 juta pelancong melawat negeri itu pada penghujung tahun ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Keluarga Diraja Britain 'terharu' dengan sokongan selepas umum kanser
Putera dan Puteri Wales dikatakan "sangat tersentuh dan terharu" dengan kemesraan dan sokongan orang ramai berikutan pengumuman kanser, lapor PA Media/dpa.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".
Kate Middleton ada 'klon'?
Kate Middleton terus menjadi topik perdebatan pentaksub teori konspirasi, gara-gara gambar terbaharu beliau bersama suaminya, Putera William.
Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Ia juga merupakan kali ketiga Kate dilihat di khalayak ramai sejak akhir Disember.
Kate Middleton 'muncul semula' selepas pembedahan
Kate Middleton dilihat menemani suaminya, Putera William di sebuah kedai berhampiran Istana Windsor pada Ahad.
Putera William, Kate Middleton lawat sukarelawan terlibat SAR gempa bumi di Turkiye, Syria
Pewaris takhta, Putera dan Puteri Wales pada Khamis melawat sukarelawan yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Putera William, Kate Middleton dapat gelaran baharu
William dan Kate kini dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cornwall dan Cambridge.
Putera William, Kate Middleton curi perhatian temani anak ke sekolah
Putera William dan isteri, Kate Middleton menghantar tiga anak mereka Putera George, 9, Puteri Charlotte, 7 dan Putera Louis, 4 ke sekolah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.