TUMPAT: Polis Kelantan menghantar empat anggota daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) kepada keluarga yang kehilangan tiga anak perempuan akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata langkah itu adalah usaha pihaknya bagi membantu keluarga tersebut dari segi psikologi dan meredakan kesedihan mereka susulan tragedi berkenaan.
"Kita juga akan (cuba) memulihkan mereka dari segi mental kerana tidak mahu keluarga tersebut berterusan memikirkan kejadian itu sehingga menjejaskan emosi," katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberikan sumbangan kepada keluarga terbabit di rumah mereka, di sini pada Selasa.
Muhamad Zaki berkata pihaknya akan meneruskan siasatan dengan memantau dan melihat pelbagai sudut sekiranya terdapat kecuaian.
"Kita bukannya mahu mencari kesalahan tetapi mahu mengatasinya agar perkara sebegini tidak lagi berulang," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi Isnin itu, tiga beradik perempuan iaitu Noor Fathiah Mohd Nadzir, 27; Sakinah, 29, dan Nurul Syazwani, 33, sedang berjalan kaki mengharungi banjir di hadapan sebuah rumah, sebelum terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia di tempat kejadian.
BACA: Maut renjatan elektrik: 'Kami hilang tiga permata sekali gus'
BACA: Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu dengan bantuan pihak berkuasa dan Suruhanjaya Tenaga.
TNB dalam kenyataan turut mengingatkan orang ramai agar tidak menghampiri atau menyentuh pepasangan elektrik yang ditenggelami banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus.
Banjir yang melanda beberapa negeri semalam merekodkan empat kematian di negeri ini yang melibatkan tiga beradik tersebut dan seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tiga bulan yang ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang.
Sementara itu, seramai 66,718 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri, dengan Terengganu dan Kelantan terus merekodkan peningkatan mangsa setakat 4 petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Tiga beradik perempuan Noor Fathiah, Sakinah, dan Nurul Syazwani yang sedang berjalan kaki mengharungi banjir di hadapan sebuah rumah terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia di tempat kejadian. -Foto fail/BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Keluarga kehilangan tiga anak akibat renjatan elektrik dibantu secara psikologi
Langkah itu adalah usaha pihaknya bagi membantu keluarga tersebut dari segi psikologi dan meredakan kesedihan mereka susulan tragedi berkenaan.