ISKANDAR PUTERI: Keluarga Malaysia yang majmuk seharusnya menjadikan perbezaan antara satu sama lain sebagai suatu kelebihan dan keistimewaan untuk merapatkan hubungan dan bukan untuk memisahkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata di sebalik perbezaan itu, rakyat Malaysia perlu mengutamakan sikap toleransi dan saling memahami tentang agama, adat dan budaya yang sudah terjalin sekian lamanya di negara ini.
"Kita dapat melakukan ini dan kita mampu untuk hidup aman dan harmoni, sekali gus dapat menterjemahkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran hidup sebagai keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia.
"Kita telah menyaksikan seluruh Keluarga Malaysia, ketika berdepan saat sukar seperti pandemik COVID-19, berganding bahu menyumbang untuk memulihkan semula negara. Tidak kira apa jua bangsa dan agama, kita saling menyokong dan membantu antara satu sama lain," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Educity, di sini malam ini yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.
Mengenai perayaan Tahun Baharu Cina 2022, Perdana Menteri berkata tahun ini yang merupakan zodiak Harimau diharap dapat menjadi lambang atau bukti bahawa negara Malaysia mampu menangani sebarang ancaman dan dugaan secara bersama.
"Dikenali sebagai raja segala haiwan, zodiak ini dikaitkan dengan kekuatan, mengusir kejahatan dan keberanian.... Kebersamaan inilah yang menguatkan kita ibarat serumpun bak serai, sesusun bak sirih," katanya.
Acara tahunan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu diadakan bertujuan mempromosikan kebudayaan negara dan mengukuhkan perpaduan kaum ke arah keharmonian serta kemakmuran Keluarga Malaysia.
Ia diadakan dalam keadaan sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung jangkitan COVID-19, selain kesemua tetamu termasuk pengamal media perlu menjalani ujian kendiri COVID-19 sebelum memasuki lokasi majlis makan malam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Kebersamaan Sesama Keluarga Malaysia di Stadium Tertutup Kompleks Sukan EduCity di Iskandar Puteri malam ini. - Foto BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.
Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.
PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan selama tiga minggu, bermula 20 Oktober hingga 6 November itu dilakukan terhadap 1,211 responden.
Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan JKM memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia terjejas banjir.
Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Inisiatif Keluarga Malaysia yang bernilai RM113 juta itu melibatkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.
Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.
Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, dan memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.