KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 menyebabkan ribuan pekerja hilang punca pendapatan, malah kesannya turut melibatkan lepasan graduan.
Dengan adanya karnival kerjaya MYFutureJobs Keluarga Malaysia yang disertai 21 majikan dari pelbagai industri, dilihat mampu membuka lembaran baharu kepada pencari kerjaya.
Rata-rata, pemohon di karnival itu menarik nafas lega kerana diberi peluang pekerjaan sekali gus dapat menjana kembali pendapatan mereka.
Bagi Amirah Afiqah Irdina Idris, 25, dia sangat bersyukur kerana penganjuran karnival ini sedikit sebanyak memberi sinar harapan kepada golongan sepertinya yang memerlukan pekerjaan.
Ini kerana, karnival ini dilaksanakan secara percuma dan terbuka kepada semua golongan pencari kerja tidak mengira had umur.
"Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kerjaya menerusi MYFutureJob. Pada masa sama, saya juga lihat ada mereka yang telah berusia datang menemu duga meminta kerja.
"Ini menunjukkan karnival ini tiada had umur dan tempat ini sesuai untuk menjadi kawasan menemuduga pekerjaan yang strategik," katanya kepada Astro Awani.
Bagi Intan Shuhana Norrihan, 24, pula, peluang yang ditawarkan ini juga sangat penting khususnya buat graduan sepertinya yang sedang berusaha mencari pekerjaan setelah tamat latihan amali.
"Terima kasih kepada kerajaan kerana membuka peluang seperti ini khususnya kepada lepasan graduan seperti saya. Ini kerana, sebagai lepasan graduan, saya ingin mencari mencari pekerjaan selaras dengan kelayakan yang saya miliki.
"Pada masa sama, mungkin hari ini memang rezeki saya kerana berjaya melepasi temu duga dan dapat menjawat pekerjaan yang saya idam-idamkan," katanya.
Sementara itu, selain kembali giat dalam memajukan perniaagan mereka, rata-rata para majikan juga dilihat teruja mengambil bahagian dalam karnival tersebut kerana lebih mudah melaksanakan temu duga secara bersemuka.
Perantis Projek Belia Mahir, Zain Hamizan Abdul Razak, 22, berkata pihaknya berkolaborasi dengan Kementerian Belia Sukan dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang memfokuskan kepada pemohon belia yang mensasarkan kepada golongan belia NEET (Not in Employment, Education and Training).
"Jadi dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan kini adalah amat penting buat pemohon-pemohon yang memerlukan pekerjaan. Lebih lagi kini, dengan ramainya yang telah dibuang kerja susulan pandemik COVID-19.
"Makanya, kami di sini untuk membantu mereka mendapat peluang pekerjaan yang banyak. Contohnya, industri perkilangan turut menyediakan pelbagai insentif bagi mereka di luar sana," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengurus Bahagian Pengambilan Pekerja AEON, Soo Hoy Chee, 43, berterima kasih kepada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan kerajaan kerana melaksanakan karnival kerjaya ini yang sememangnya memudahkan sesi temuduga antara majikan dan pemohon.
"Kita sangat-sangat berterima kasih kepada Perkeso dan kerajaan yang mengambil langkah mengadakan karnival kerjaya pada hari ini. Sebelum ini, pihak kami pernah melaksanakan temuduga secara maya namun majoriti pemohon lebih selesa dengan pelaksanaan temuduga secara fizikal.
"(Sebetulnya) pelaksanaan temu duga secara bersemuka ini lebih efektif berbanding secara maya kerana memudahkan pemohon untuk bertanyakan soalan. Di samping itu pihak kami juga boleh memberikan informasi dan gambaran yang jelas mengenai syarikat kami.
"Ditambah dengan situasa pandemik ketika ini, sememangnya tindakan kerajaan melaksanakan karnival kerjaya ini adalah sesuatu yang tepat dan sangat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, karnival ini juga sangat mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya.
Antara majikan menyertai karnival pekerjaan ini termasuklah Dhir dan Partners Sdn Bhd, Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd, CFM Engineering Hardware (M) Sdn Bhd, Malaysia Automative Robotics And IOT Institute (MARii) dan Projek Belia Mahir.
Selain daripada temu duga oleh majikan, karnival ini juga menyediakan kaunter perkhidmatan kaunseling kerjaya, kaunter penghasilan resume dan selain pelbagai insentif di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada pemohon.
Antaranya ialah Insentif SIP Prihatin 2.0 yang menawarkan insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh dua bulan kepada pencari kerja yang menghadiri minimum tiga sesi temu duga.
Malahan, pencari kerja bukan pencarum Perkeso seperti graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal boleh membuat permohonan insentif SIP Prihatin 2.0 dengan mengemukakan bukti penyertaan mereka dalam mana-mana sesi temu duga dijalankan di karnival itu.
Selain itu, sekiranya, individu yang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh masa terbabit layak menerima insentif tambahan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sebanyak RM400 dan RM1,000 menerusi bantuan mobiliti jika memenuhi kelayakan di bawah program Penjana Kerjaya 3.0.
Karnival ini juga turut dihadiri Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, Datuk Mohd Sahar Darusman.
Sebanyak 7,329 peluang pekerjaan baharu kepada mereka yang memerlukan.
Eton Khir
Sun Dec 05 2021

Karnival kerjaya MYFutureJobs Keluarga Malaysia yang disertai 21 majikan dari pelbagai industri menawarkan 7,329 peluang pekerjaan bagi mereka yang memerlukan sekali gus menangani masalah pengangguran di Malaysia.
TLDM siasat insiden bot hilang kawalan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai hilang kawalan semasa melaksanakan raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada Khamis.
Polis sahkan pelanggaran bot pasukan keselamatan di Langkawi
Polis sahkan insiden pelanggaran melibatkan bot pasukan keselamatan dengan sebuah bot pelancong ketika menjalani latihan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) di Langkawi.
Polis Kedah rampas bunga ganja bernilai RM1.6 juta
Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh, berkata kegiatan sindiket itu terbongkar selepas dua transporter iaitu seorang lelaki tempatan dan seorang warga Thailand ditahan di ICQS itu.Polis Kedah

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Mei 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis Johor keluar 1,448 saman trafik, langgar lampu isyarat kesalahan tertinggi
Kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah rekodkan jumlah saman tertinggi, iaitu sebanyak 547 saman, diikuti 475 saman kerana memandu melebihi had laju.
AWANI 7:45 [15/5/2025] – Permohonan reman ditolak| Tragedi babitkan kenderaan berat meningkat| Rundingan menjelang PRN Sabah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
- Kehilangan Pamela Ling, suami bergelar Datuk Seri ditahan
- Nahas FRU, Sultan Selangor titah kerajaan perlu ambil tindakan segera dan tegas
- Pengenalan platform baharu tangani isu jemaah haji sesat
- Pempengaruh maut ditembak ketika siaran langsung TikTok
- Kehilangan Pamela Ling, suami bergelar Datuk Seri ditahan
- Nahas FRU, Sultan Selangor titah kerajaan perlu ambil tindakan segera dan tegas
- Pengenalan platform baharu tangani isu jemaah haji sesat
- Pempengaruh maut ditembak ketika siaran langsung TikTok

Lebih 2,000 tan metrik sisa pepejal dikumpul setiap hari di KL, pelan ke arah Sifar Sisa 2040
Jumlah itu melibatkan kos pengurusan mencecah RM220 juta setahun yang ditanggung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Malaysia nyata komitmen tiada manipulasi pekerja Bangladesh - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan komitmen Malaysia dalam memastikan tiada manipulasi, eksploitasi atau penipuan pekerjaan terhadap warga Bangladesh di negara ini.

ASEAN kukuh berlandaskan keneutralan dan penglibatan - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pendekatan berkenaan telah membolehkan rantau ini kekal aman dan berdaya tahan ekonomi meskipun wujud ketegangan global yang meningkat.

KWSP disenarai majikan agensi kerajaan terbaik
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disenarai antara 50 Majikan Pilihan Utama di Malaysia dalam satu kajian di Karnival Kerjaya dan Lepasan Ijazah Graduan Aspire 2012.